Terdapat 7454 berita berdasarkan kata kunci carian " o"

Malaysia Alu-alukan Kerjasama China Dalam Pembangunan Industri REE - MITI

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia mengalu-alukan kerjasama dengan China dalam membangunkan industri pemprosesan unsur nadir bumi (REE) tempatan, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Bursa Securities Tolak Permohonan Pimpinan Ehsan Untuk Lanjutan Masa

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) telah memaklumkan kepada Pimpinan Ehsan Bhd mengenai keputusannya untuk menolak permohonan syarikat itu bagi lanjutan masa tambahan.

IILM Pertingkat Nilai Program Sukuk Kepada US$8.5 Bilion

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) hari ini mengumumkan peningkatan nilai program sukuknya daripada US$6 bilion kepada US$8.5 bilion (US$1=RM4.22). 

Empat Menteri Tenaga ASEAN Zahir Komitmen Terhadap Perdagangan Tenaga Rentas ASEAN

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Menteri-Menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal tenaga dari Laos, Thailand, Malaysia dan Singapura hari ini mengulangi komitmen mereka untuk terus meningkatkan perdagangan tenaga rentas sempadan secara pelbagai hala dalam ASEAN, susulan kejayaan Projek Integrasi Tenaga Laos-Thailand-Malaysia-Singapura (LTMS-PIP).

ASEAN Berpotensi Jadi Hab Serantau Pengeluaran Bahan Api Penerbangan Mampan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- ASEAN berpotensi menjadi hab serantau bagi pengeluaran dan permintaan bahan api penerbangan mampan (SAF) sekiranya blok itu menggubal dasar untuk memacu penerimagunaan dan pelaburannya.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Untuk Hari Keempat Berturut-turut

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis di tengah-tengah ketidaktentuan perdagangan global yang berterusan.

Malaysia Boleh Mula Bangunkan Tenaga Nuklear Guna Unit Terapung -- Rosatom

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) – Malaysia boleh memulakan pembangunan tenaga nuklearnya dengan menggunakan unit tenaga terapung (FPU) sebagai langkah awal ke arah mewujudkan kapasiti nuklear menjelang 2031, kata Pengarah Projek Rosatom Energy Alexander Tsibulya.

Ringgit Ditutup Tinggi Berikutan Ketegangan Perdagangan AS-China Jejas Dolar AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Khamis berikutan ketegangan perdagangan berterusan antara Amerika Syarikat (AS) dan China telah menjejaskan dolar.

Bursa Malaysia Ditutup Tidak Berubah Susulan Ketidaktentuan Global Berterusan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tidak berubah di tengah-tengah pasaran keseluruhan yang bercampur-campur apabila pelabur kekal berada di luar pasaran susulan ketidaktentuan global yang berterusan.

Malaysia Dapat Melihat Kemajuan Pembinaan Loji Jana Kuasa Nuklear Pertama - MyPower

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia dapat melihat kemajuan ke arah pembinaan loji tenaga nuklear pertama dalam tempoh tujuh tahun akan datang apabila kerja asas sedang dijalankan bagi menilai kesiapsiagaan negara terhadap tenaga nuklear.

Industri Takaful Terajui Pupuk Literasi Kewangan Dalam Kalangan Belia

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) telah bersama-sama melancarkan ‘Program Inspirasi Pendidikan Kewangan Belia Negara (Sesi 2025/2026)’ sebagai langkah untuk membentuk generasi bertanggungjawab dan berdaya tahan dari segi kewangan.

Malaysia Berhasrat Teraju Peralihan Hijau Serantau Menerusi Kerjasama Kukuh

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia berhasrat memainkan peranan utama dalam usaha peralihan hijau serantau dengan memupuk kerjasama lebih kukuh antara kerajaan, industri dan komuniti bagi membina rantau yang lebih berdaya tahan dan kurang pelepasan karbon pada masa depan.