BERITA TERKINI   KSN, PETRA diminta teliti pendekatan menyeluruh atasi banjir, bekalan air di Sarawak - PM Anwar | Sultan Selangor titah rakyat bersabar tunggu pengumuman tarikh Aidilfitri, jangan percaya spekulasi - Istana Alam Shah | Konflik Asia Barat: PM Anwar minta KSN dan KPPA teliti cadangan penjawat awam bekerja daripada rumah - Fahmi  | Subsidi kerajaan naik kepada RM3.2 bilion daripada RM700 juta sebulan untuk petrol dan diesel - Amir Hamzah | 

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan, sejajar dengan perkembangan luaran dan prestasi COMEX Amerika Syarikat (AS).

Seorang penganalisis berkata ketegangan antara AS dan Iran yang mereda boleh menjejaskan permintaan untuk aset-aset selamat, yang biasanya meningkat semasa ketidakpastian geopolitik dan ekonomi memuncak tinggi.

Bagaimanapun, Presiden AS Donald Trump pada Khamis berkata Iran "tidak mempunyai rancangan untuk melaksanakan hukuman mati", sekali gus mengurangkan kebimbangan mengenai nasib penunjuk perasaan antikerajaan yang ditahan. 

Berdasarkan minggu ke minggu, kontrak Januari 2026 meningkat kepada US$4,609.20 setiap auns troy daripada US$4,485.40 setiap auns troy pada minggu sebelumnya. Kontrak Februari 2026 naik kepada US$4,625.60 setiap auns troy daripada US$4,502.20 setiap auns troy, manakala Mac 2026 melonjak kepada US$4,642.60 setiap auns troy daripada US$4,520.10 setiap auns troy.

Kontrak April, Jun dan Ogos 2026 semuanya ditutup lebih tinggi kepada US$4,661.70 setiap auns troy daripada US$4,538.10 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 1,056 lot daripada 1,160 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 192 kontrak daripada 238 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$4,610.85 setiap auns troy menurut penetapan oleh London Bullion Market Association pada 15 Januari, 2025.

-- BERNAMA