BERITA TERKINI   RUU Tribunal Anti-Buli dijangka dibentang di Parlimen Oktober ini - Azalina | 

Terdapat 2159 berita berdasarkan kata kunci carian " bursa malaysia"

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Jumaat.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Pasaran Minyak Sayuran Global Yang Lemah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah hari ini, selari dengan kelemahan keseluruhan dalam pasaran minyak sayuran global, kata seorang penganalisis.

Felda Umum FGV Keluar Bursa Malaysia Bermula Hari Ini

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) --  Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memaklumkan bahawa FGV Holdings Bhd (FGV) telah secara rasmi keluar daripada Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd berkuatkuasa pada 9 pagi, hari ini.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah Seiring Prestasi Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup  rendah hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Hari Ini

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit hari ini turun daripada peningkatan pada sesi dagangan awal apabila tekanan jualan berterusan muncul pada sesi petang, walaupun prestasi positif di kebanyakan pasaran serantau.

 

FBM KLCI Kekal Dalam Wilayah Positif Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Indeks komposit Bursa Malaysia kekal dalam wilayah positif  pada tengah hari ini, didorong oleh aktiviti-aktiviti memburu saham wajaran tinggi dalam kaunter kewangan, produk pengguna serta telekomunikasi.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka lebih tinggi pada hari ini.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat, Jejaki Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan lebih tinggi pada sesi awal dagangan hari ini yang seiringan dengan prestasi semalaman Wall Street.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi hari ini, mengabaikan jualan secara besar-besaran semalaman dalam minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) dan pergerakan mendatar minyak sayuran China, kata penganalisis.

Sunway Catat Untung Bersih Lebih Tinggi Kepada RM272.95 Juta Pada Suku Kedua 2025

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Sunway Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sedikit iaitu sebanyak RM272.95 juta bagi suku kedua yang berakhir 30 Jun, 2025 daripada RM270.47 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Seiring Prestasi Comex

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, menjejaki prestasi pasaran emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat.

FBM KLCI Ditutup Pada Paras Tertinggi Intra Hari, Indeks Komposit Naik 0.40 Peratus

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra harinya hari ini selepas penurunan pada sesi awal, mendapat sokongan daripada minat belian lewat dan pengumuman pendapatan korporat yang kukuh, kata Rakuten Trade Sdn Bhd.