1hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini selepas dipacu oleh kelemahan dalam dolar US di tengah-tengah ketegangan perdagangan global yang berterusan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- China menegaskan pendiriannya membantah sebarang tarif yang dianggap tidak berasas yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS).
1hari ago
CYBERJAYA, 10 Julai (Bernama) -- Sebanyak 10 syarikat pemula niaga Malaysia memperkenalkan produk masing-masing kepada para pelabur pada Hari Demo Kohort 20 Program Cyberview Living Lab Accelerator (CLLA) hari ini.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Tan Chong Motor Holdings Bhd (TCMH) menjual sembilan bidang tanah pegangan bebas berkeluasan kira-kira 12,923.74 meter persegi di Kuala Lumpur dengan harga RM148.8 juta.
1hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed & Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Pembelian saham perbankan ketika saat-saat akhir dagangan mendorong Bursa Malaysia ditutup di paras tertinggi harian pada Khamis, dengan indeks utama meningkat 0.48 peratus, sejajar dengan sentimen serantau yang bertambah baik.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis.
1hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Ringgit melantun semula untuk ditutup lebih tinggi hari ini apabila dolar AS menyusut di tengah-tengah peningkatan ketegangan perdagangan susulan pengumuman tarif baharu Amerika Syarikat (AS) ke atas lebih banyak negara, kata seorang penganalisis.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Avaland Bhd merancang untuk melaksanakan pembangunan komersial bercampur di Jalan Putra, Kuala Lumpur, dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM900 juta.
1hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, menurut seorang peniaga.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Manulife Investment Management (Manulife IM) menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan lagi Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada separuh kedua 2025.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Industri pembinaan di rantau Asia Tenggara dijangka mengalami pertumbuhan kukuh dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 6.2 peratus daripada 2024 hingga 2028, menurut Kaspersky.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Sidang Kemuncak Keselamatan ASEAN 5G dan Teknologi Operasi (OT), yang dianjurkan oleh Digital Nasional Bhd (DNB) bersama CyberSecurity Malaysia (CSM), akan diadakan pada 15 hingga 17 Julai 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.