BERITA TERKINI   Jajaran ECRL dari Gombak ke Pelabuhan Klang bakal siap menjelang Disember 2027, beroperasi sepenuhnya Januari 2028 - Amir Hamzah | Projek ECRL capai 92.62 peratus kemajuan pembinaan setakat Feb 2026 selari jadual jajaran dari Kota Bharu ke Gombak menjelang akhir tahun ini, bakal beroperasi secara komersial bermula Jan 2027 - Amir Hamzah | Kerajaan MADANI pantau rapat krisis di Asia Barat serta impaknya terhadap ekonomi dan rakyat, kekalkan asas daya tahan ekonomi negara, pastikan kelangsungan hidup rakyat tidak terjejas - PM Anwar | Ringgit meningkat kepada 3.9260/9310 berbanding dolar AS daripada 3.9365/9410 ketika ditutup pada Jumaat lepas | Susulan krisis di Asia Barat, Jemaah Menteri bersetuju MTEN memantau situasi tersebut dan perbincangan akan diadakan secara mingguan - PM Anwar | 

Sidang Kemuncak Keselamatan Siber 5G ASEAN Dijangka Tarik 2,000 Peserta

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Sidang Kemuncak Keselamatan ASEAN 5G dan Teknologi Operasi (OT), yang dianjurkan oleh Digital Nasional Bhd (DNB) bersama CyberSecurity Malaysia (CSM), akan diadakan pada 15 hingga 17 Julai 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Menteri Digital Gobind Singh Deo dijadual merasmikan sidang kemuncak itu pada 15 Julai.

Acara yang julung kali diadakan itu turut dijangka menarik kehadiran 2,000 peserta dari 14 negara.

Ketua Pegawai Eksekutif DNB Datuk Azman Ismail berkata kalangan peserta  itu merangkumi 500 delegasi antarabangsa, selain pengawal selia dan pegawai dari negara ASEAN.

Acara itu juga akan menghimpunkan pakar global dalam bidang keselamatan siber dan kecerdasan buatan (AI), bersama tokoh utama dari sektor teknologi maklumat (IT) dan keselamatan OT.

“Matlamat utama penganjuran acara ini adalah untuk berkongsi risiko yang dihadapi ramai pihak berkaitan keselamatan siber, selain meneroka langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil.

“Saya berpendapat isu ini bukan hanya dihadapi Malaysia, sebaliknya merupakan cabaran global,” katanya pada sidang media selepas sesi taklimat sidang kemuncak berkenaan di sini hari ini.

Menurut Azman, sidang kemuncak itu turut mengalu-alukan penyertaan pelajar universiti dan syarikat pemula bagi menyumbang idea inovasi serta pembangunan baharu untuk memperkukuh kawalan keselamatan siber di rantau ini.

-- BERNAMA