1tahun ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Harga dan permintaan pasaran getah dijangka kekal tidak stabil dengan sedikit aliran kenaikan yang diramalkan minggu hadapan, didorong oleh cuaca yang tidak menentu di selatan Thailand, menurut pakar industri Denis Low.
1tahun ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Harga Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 di pasaran tempatan ditutup rendah apabila jangkaan yang semakin meningkat mengenai langkah rangsangan China seterusnya telah diimbangi oleh penyusutan harga minyak mentah yang menjadi penanda aras.
1tahun ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) ditutup tinggi hari ini dalam kebimbangan mengenai bekalan getah asli disebabkan faktor hujan, kata peniaga.
1tahun ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Pasaran getah tempatan menunjukkan aliran bercampur-campur pada Rabu berikutan sentimen menjadi lemah selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump membayangkan hasratnya untuk mengenakan tarif 10 peratus ke atas import dari China bermula 1 Februari, kata peniaga.
1tahun ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Pasaran getah tempatan ditutup tinggi pada Selasa sejajar dengan kebanyakan pasaran serantau berikutan sentimen meningkat selepas Amerika Syarikat (AS) menangguhkan pelaksanaan tarif ke atas China, kata peniaga.
1tahun ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin susulan prestasi yang lebih lemah di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
1tahun ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Pasaran getah dijangka meningkat sedikit minggu depan, dengan permintaan stabil menjelang perayaan Tahun Baharu Cina, kata pakar industri Dennis Low.
1tahun ago
LONDON, 18 Jan (Bernama) -- Lawatan kerja lima hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke United Kingdom (UK) yang berakhir hari ini, berjaya menarik potensi pelaburan bernilai RM11 bilion dalam pelbagai sektor, termasuk tenaga boleh baharu dan ekonomi digital.
1tahun ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri minggu ini dengan ditutup rendah hari ini berikutan petunjuk bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang pada 5.1 peratus pada 2024 berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
Daripada D.Arul Rajoo
LONDON, 16 Jan (Bernama) – Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada 2025 komited untuk menerapkan integrasi yang lebih erat dalam ASEAN, meningkatkan perdagangan, ekonomi dan integrasi tenaga di rantau ini dan dengan seluruh dunia.
1tahun ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini dengan Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) terus meningkat, didorong oleh aliran meningkat pasaran niaga hadapan getah serantau dan ringgit yang melemah berbanding dolar US, kata peniaga.