BERITA TERKINI   Sukan SEA 2025: Pemain snuker negara Thor Chuan Leong menang pingat emas acara 6-Red perseorangan lelaki | Sukan SEA 2025: Atlet lontar peluru wanita negara Nani Sahirah Maryata cipta kejutan rangkul emas, pecah rekod kebangsaan dengan catatan 16.36 meter | Ringgit ditutup dengan terus melonjak, mencecah 4.09 berbanding dolar AS - paras paling kukuh dalam tempoh empat tahun dan tujuh bulan | MCMC peruntuk dana RM310 juta bangunkan infrastruktur kesalinghubungan inisiatif Bandar Pintar Negeri Melaka - Fahmi  | Belanjawan Sabah 2026: Penjawat awam negeri terima Bantuan Khas Kewangan sebulan gaji atau minimum RM2,000 - Masidi | 

Pasaran Getah KL Ditutup Bercampur-Campur

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini dengan Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) terus meningkat, didorong oleh aliran meningkat pasaran niaga hadapan getah serantau dan ringgit yang melemah berbanding dolar US, kata peniaga.

Niaga hadapan getah Jepun menokok kepada paras tertinggi dalam tempoh lebih dua setengah bulan, disokong oleh kebimbangan bekalan global berikutan laporan hujan lebat di negara-negara pengeluar utama dan keyakinan terhadap pakej rangsangan China.

Peniaga berkata pedagang pasaran turut bertindak balas terhadap paras inflasi yang perlahan di Amerika Syarikat (AS) dan kenaikan harga minyak mentah.

Bagaimanapun, peningkatan selanjutnya dihadkan oleh ketidaktentuan dasar tarif AS, selain peningkatan ketegangan perdagangan antara AS dan China.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan SMR 20 menokok 8.5 sen sekilogram kepada 892.00 sen sekilogram daripada 883.50 sen sekilogram pada Selasa, manakala lateks pukal turun 1.5 sen sekilogram kepada 670.50 sen sekilogram daripada 672.00 sen sekilogram sebelumnya.

-- BERNAMA