BERITA TERKINI    Tarif Trump: Malaysia masih dalam rundingan dan akan bangkitkan isu itu ketika bertemu Setiausaha Negara AS - PM Anwar | Tarif Trump: Hubungan dengan AS harus dikekalkan, namun Malaysia perlu pertahan pendirian sebagai negara dagang - PM Anwar | Autonomi strategik ASEAN perlu terus dipertahankan memandangkan prinsipnya semakin diterima meluas melangkaui rantau ini - Mohamad Hasan | ASEAN perlu tumpu usaha pastikan Asia Tenggara bersedia hadapi masa hadapan - Mohamad Hasan | ASEAN telah mencapai kedudukan cemerlang dan mendapat penghormatan di pentas antarabangsa - PM Anwar | Tarif Trump: Malaysia masih dalam rundingan dan akan bangkitkan isu itu ketika bertemu Setiausaha Negara AS - PM Anwar | Tarif Trump: Hubungan dengan AS harus dikekalkan, namun Malaysia perlu pertahan pendirian sebagai negara dagang - PM Anwar | Autonomi strategik ASEAN perlu terus dipertahankan memandangkan prinsipnya semakin diterima meluas melangkaui rantau ini - Mohamad Hasan | ASEAN perlu tumpu usaha pastikan Asia Tenggara bersedia hadapi masa hadapan - Mohamad Hasan | ASEAN telah mencapai kedudukan cemerlang dan mendapat penghormatan di pentas antarabangsa - PM Anwar |

Pasaran Getah KL Ditutup Rendah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri minggu ini dengan ditutup rendah hari ini berikutan petunjuk bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga. 

Beliau berkata peserta pasaran berhati-hati mengenai tarif perdagangan tambahan Amerika Syarikat (AS) pada 2025 dan data ekonomi AS yang kukuh, menyokong keputusan mengurangkan penurunan kadar faedah AS.

“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh kenaikan harga minyak selain ringgit yang rendah berbanding dolar AS dalam persekitaran data ekonomi China yang menggalakkan,” katanya kepada Bernama. 

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan Standard Malaysian Rubber 20 merosot 9.5 sen sekilogram kepada 884.50 sen sekilogram daripada 894.00 sen sekilogram semalam.

Lateks pukal berkurangan 1.0 sen sekilogram kepada 670.50 sen sekilogram daripada 671.50 sen sekilogram sebelum ini.

-- BERNAMA