1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Kerajaan komited memastikan penyasaran subsidi tidak membebankan rakyat sekali gus membolehkan kerajaan meningkatkan peruntukan bantuan yang bersasar kepada rakyat dalam usaha mengukuhkan jaringan perlindungan sosial yang lebih terangkum.
1bulan ago
BUKIT MERTAJAM, 24 Jan (Bernama) -- Prestasi ringgit kini berada antara yang terbaik di Asia membuktikan keberkesanan dasar tatakelola, kestabilan politik dan keyakinan pelabur terhadap hala tuju ekonomi negara.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan pada 2026, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh dan inflasi yang terkawal, menyebabkan penganalisis meramalkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus sepanjang tahun.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Kerajaan berjaya mengurangkan pertumbuhan bayaran khidmat hutang (DSC) pada 2025 kepada 6.4 peratus berbanding 12.3 peratus pada 2023 dan sembilan peratus pada 2024 berikutan pelaksanaan langkah reformasi fiskal serta pengurusan hutang yang berhemah.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 21 Jan (Bernama) -- Ekonomi negara berada pada landasan betul dengan Malaysia terus menjadi tumpuan pelabur asing dan syarikat besar, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus sepanjang 2026, disokong oleh kadar inflasi yang rendah pada 2025 dan pertumbuhan ekonomi yang stabil.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Trajektori fiskal Malaysia yang stabil dan pertumbuhan ekonomi yang mampan telah meletakkan negara ini sebagai destinasi yang menarik untuk pelaburan asing, khususnya dalam sektor seperti infrastruktur, perkhidmatan kewangan dan tenaga boleh baharu.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Inflasi Malaysia dijangka kekal rendah dan stabil di masa depan walaupun perluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berkemungkinan mendorong kenaikan yang sederhana, demikian menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) industri automotif dijangka susut 2.0 peratus tahun ke tahun kepada 774,000 unit pada 2026 daripada 790,000 unit pada 2025, terjejas oleh beberapa cabaran.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Keyakinan rakyat Malaysia bahawa negara menuju ke arah yang betul telah meningkat pada 2025, menurut Pemantau Keyakinan Pengguna dan Kos Sara Hidup terbaharu Ipsos Sdn Bhd (Ipsos).
2bulan ago
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) – Industri automotif Malaysia melalui satu peralihan yang hebat pada tahun ini, berkembang daripada industri pemasang dan pasaran pengguna kenderaan kepada hab automotif bersepadu yang bersedia untuk kenderaan elektrik dan dipacu oleh rantaian bekalan.
2bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) -- Malaysia memasuki tahun 2025 dalam keadaan kekangan fiskal, pembaharuan subsidi, perdagangan global tidak menentu dan ringgit yang rendah tetapi ekonomi negara terus berkembang walaupun prospek secara keseluruhannya kekal berhati-hati.