BERITA TERKINI   Penguatkuasaan tegas banteras rasuah, kegiatan kartel untuk bersihkan negara diteruskan - PM Anwar | 

Terdapat 505 berita berdasarkan kata kunci carian "komoditi "

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah sedikit hari ini berikutan pengambilan untung, walaupun harga di pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) terus menunjukkan peningkatan.

Malaysia Berusaha Capai Keseimbangan Perdagangan Dengan India - AEIC

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Malaysia menyeru India untuk mengenal pasti sektor di negara itu yang berpotensi dikembangkan dari segi eksport dan perkhidmatan untuk membantu mengurangkan ketidakseimbangan perdagangan, kata Pengerusi Majlis Ekonomi ASEAN-India (AEIC) Datuk Ramesh Kodammal.

AS Setuju Pertimbang Tarif Sifar Ke Atas Beberapa Produk

Oleh Nor Baizura Basri & Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) bersetuju untuk mempertimbangkan tarif berkadar sifar ke atas beberapa produk komoditi yang tidak dihasilkan di negara itu termasuk minyak sawit dan koko, yang dijangka dimuktamadkan pada Oktober ini.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung oleh pedagang, apabila harga di pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat terus meningkat.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah, Menjejaki Penurunan Di Comex

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Rabu, menjejaki penurunan dalam pasaran emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat. 

Penangguhan Eudr Legakan Tekanan Pematuhan Pengeksport Minyak Sawit - CIMB

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Penangguhan selama setahun pelaksanaan Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (EUDR) sehingga akhir 2026 memberi kelegaan sementara kepada pengeksport minyak sawit dan komoditi yang lain.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Jejaki Kenaikan Comex

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini seiring dengan kenaikan dalam pasaran emas Bursa Komoditi New York (Comex) di Amerika Syarikat.

Kerajaan Kumpul Data Perhutanan Negeri Untuk Diserah Kepada FAO Tahun Depan – Johari

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Kerajaan sedang mengumpul data perhutanan daripada semua kerajaan negeri untuk diserahkan sebagai maklumat terkini kepada Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) pada tahun depan, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani. 

MIHAS 2025 Disasar Jana Jualan RM4.5 Bilion — MATRADE

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) — Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025 dijangka mencapai sasaran jualan mencecah RM4.5 bilion, berdasarkan maklumat awal Program Penyumberan Antarabangsa (INSP), kata Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, menjejaki penurunan harga minyak kacang soya. 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur pada Khamis berikutan pasaran niaga hadapan getah serantau yang lemah dan harga minyak mentah yang lebih rendah, kata seorang peniaga.

MITI Adakan Rundingan FTA Dengan Majlis Kerjasama Teluk Menjelang Akhir Tahun

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan memulakan pusingan pertama rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada Disember depan, kata Ketua Setiausaha MITI Datuk Hairil Yahri Yaacob hari ini.