BERITA TERKINI   Polis rampas 510kg methamphetamine bernilai RM25.5 juta, tahan lima individu di Padang Besar minggu lepas - Pengarah JSJN Bukit Aman | Bimoffice Group Bhd mula disenaraikan di Pasaran LEAP dibuka dengan premium 11.5 sen berbanding harga IPO sebanyak 15 sen, dengan 40,000 saham diniagakan | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah, Menjejaki Penurunan Di Comex

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Rabu, menjejaki penurunan dalam pasaran emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat. 

Kontrak September 2025 menyusut kepada US$3,770.6 setiap auns troy daripada US$3,789.3 ketika ditutup semalam, manakala kontrak Oktober 2025 berkurang kepada US$3,787.3 daripada US$3,806.1, dan kontrak November 2025 turun kepada US$3,805.5 daripada US$3,824.3 sebelumnya.

Kontrak Disember 2025, Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 semuanya ditutup lebih rendah pada US$3,825.4 setiap auns troy berbanding US$3,845.4 sebelumnya.

Jumlah dagangan merosot kepada 135 lot daripada 809 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka susut kepada 163 kontrak berbanding 835 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$3,783.80 setiap auns troy berdasarkan penetapan London Bullion Market Association pada 23 Sept, 2025. 

-- BERNAMA