Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah sedikit hari ini berikutan pengambilan untung, walaupun harga di pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) terus menunjukkan peningkatan.
Kontrak September 2025 merosot kepada US$3,750.3 setiap auns troy daripada US$3,753.3 pada Khamis, kontrak Oktober 2025 berkurang kepada US$3,765.4 daripada US$3,769.7 semalam, dan kontrak November 2025 susut kepada US$3,783.6 daripada US$3,787.9 sebelumnya.
Kontrak Disember 2025, Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 semuanya ditutup lebih rendah pada US$3,803.5 setiap auns troy berbanding US$3,807.8 semalam.
Jumlah dagangan meningkat kepada 605 lot daripada 491 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka naik kepada 658 kontrak daripada 531 kontrak sebelumnya.
Harga emas fizikal berada pada US$3,730.75 setiap auns troy berdasarkan penetapan London Bullion Market Association pada 25 Sept, 2025.
-- BERNAMA