4hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Isnin, apabila tekanan jualan merebak merentas saham wajaran tinggi indeks utama susulan sentimen pelabur serantau yang berhati-hati serta minat risiko global yang hambar.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- AEON Co (M) Bhd mencatat keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM83.72 juta bagi suku pertama tahun kewangan 2026 berakhir pada 31 Mac, 2026 berbanding RM68.10 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada hari pertama minggu ini dirangsang oleh kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.
4hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari apabila sentimen pelabur lemah dalam persekitaran ketiadaan perjanjian yang konkrit dan pencapaian dasar antara China dan Amerika Syarikat (AS) berikutan lawatan Presiden AS Donald Trump ke China.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan pembelian bersih mereka di Bursa Malaysia untuk minggu kelima berturut-turut, dengan mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM233.2 juta pada minggu lepas di tengah-tengah penjualan asing yang berterusan di seluruh pasaran ekuiti serantau.
4hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2026 Malaysia yang lebih kukuh daripada jangkaan dan berkembang sebanyak 5.4 peratus, mengatasi anggaran awal 5.3 peratus.
4hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin walaupun sentimen berhati-hati berterusan berikutan ketegangan geopolitik yang meningkat di Asia Barat.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan dagangan dengan kecenderungan kenaikan sederhana minggu depan, memandangkan pelabur terus menilai pelbagai perkembangan geopolitik luaran yang kompleks.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Kedudukan luaran Malaysia dijangka kekal berdaya tahan walaupun ketidaktentuan geopolitik meningkat dan konflik Amerika Syarikat-Iran berterusan, menurut Kenanga Investment Bank Bhd.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2026 pada 4.7 peratus, dengan cenderung untuk meningkat ke arah lima peratus susulan prestasi lebih kukuh daripada jangkaan pada suku pertama 2026.
7hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, seiring dengan sentimen pasaran serantay yang lemah berikutan pelabur mengambil pendirian berhati-hati dalam persekitaran kebimbangan mengenai kenaikan harga minyak global dan potensi limpahan inflasi merentasi ekonomi utama.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Keutamaan dasar jangka pendek perlu tertumpu pada pengekalan kestabilan makroekonomi dan pada masa yang sama memelihara penampan mustahak susulan kejutan bekalan global akibat konflik Asia Barat.