BERITA TERKINI   Lebih 59,000 bekas pelajar tajaan JPA yang tamat pengajian pada atau sebelum 31 Dis 2024 layak memohon Opsyen PBU Akademik Fasa Kedua - JPA | JPA buka permohonan Opsyen Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik (PBU Akademik) Fasa Kedua mulai 1 Julai | 

Pasaran Getah Ditutup Tinggi, Didorong Kenaikan Harga Minyak Mentah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada hari pertama minggu ini dirangsang oleh kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga. 

Pada masa ini, minyak mentah Brent meningkat 0.59 peratus kepada US$110.10 setong.

Peniaga itu berkata sentimen pasaran disokong oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan keyakinan susulan berakhirnya rundingan antara AS dan China.

Dilaporkan kedua-dua negara bersetuju secara prinsip untuk menurunkan tarif ke atas barangan terpilih susulan sidang kemuncak peringkat tinggi yang diadakan di Beijing baru-baru ini.

“Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh data ekonomi China yang lebih lemah, ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat dan kebimbangan inflasi yang meningkat, yang mengukuhkan jangkaan terhadap kadar faedah AS yang lebih tinggi,” katanya kepada Bernama.

Pada 3 petang, harga Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 meningkat 13.5 sen kepada 893 sen sekilogram, manakala lateks pukal menokok lima sen kepada 780.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA