1bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- China telah memberi isyarat mengenai hasrat untuk memperkukuh kerjasama perdagangan dan pelaburan dengan Malaysia melalui cadangan memorandum persefahaman (MOU), susulan perbincangan mengenai Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) di Beijing baru-baru ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Bank di Malaysia akan menawarkan 'goodwill discounts' kepada mereka yang melakukan penyelesaian awal untuk perjanjian sewa beli kadar tetap sedia ada berikutan lulusnya Rang Undang-Undang (Pindaan) Sewa Beli oleh Dewan Negara semalam.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Kerajaan melihat penglibatan Malaysia dalam BRICS adalah selari dengan usaha memacu ekonomi negara untuk berkembang dengan lebih pesat, stabil dan berdaya tahan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- LAC Med Bhd mencatatkan tawaran awam permulaan (IPO) terlebih langganan sebanyak 12.64 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Rakyat dan komuniti perniagaan menjadi penerima manfaat terbesar hasil pelaksanaan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB), apabila pelbagai urusan kerajaan dapat diselesaikan dengan lebih cepat, kos pematuhan berkurangan dan tahap ketelusan perkhidmatan semakin meningkat.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd akan menyediakan bantuan termasuk moratorium pinjaman sehingga enam bulan, pilihan pembayaran balik yang diubah suai serta pengecualian fi dan caj bagi pelanggan serta perniagaan yang terjejas akibat banjir semasa.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Chin Hin Group Property Bhd (CHGP) melalui anak syarikatnya Chin Hin Property (KL) Sdn Bhd (CHPKL) membeli dua bidang tanah pegangan pajak selama 99 tahun di Taman Puncak Jalil, Selangor bernilai RM91 juta untuk melaksanakan pembangunan perumahan bertanah.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Sebanyak lebih 48,000 permohonan diterima sehingga 31 Ogos lepas, merentas 12 inisiatif di bawah Pelan Tindakan KL20, dengan lebih 46,000 penerima manfaat, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Wasco Greenergy Bhd, yang dijadualkan untuk penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Malaysia berhasrat mengumpulkan RM75 juta daripada tawaran awam permulaannya (IPO).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Aquawalk Group Bhd yang membuat kemunculan sulung di Pasaran Ace Bursa Malaysia hari ini, mencatatkan harga pembukaan pada 30 sen sesaham, satu sen di bawah harga tawaran awam permulaannya (IPO) iaitu 31 sen dengan 26.49 juta saham diniagakan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Ringgit pada amnya stabil berbanding dolar AS dengan sedikit penambahan nilai sebanyak 0.05 peratus pada suku ketiga 2025 dan meningkat 8.2 peratus sejak awal tahun hingga 12 Nov 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bahagian awam tawaran awam permulaan (IPO) Polymer Link Holdings Bhd telah terlebih langgan sebanyak 48.74 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 25 Nov.