BERITA TERKINI   Pelaburan Intel di Malaysia bakal berkembang dengan kompleks pembungkusan termaju dan pembuatan pemasangan akan bermula operasi pada lewat tahun ini - PM Anwar  | Pemandu e-hailing, P. Mahendra Bhoopaty, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang boleh mengganggu ketenteraman awam pada 27 Feb | Arun Dorasamy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jawi atas pertuduhan membuat kenyataan sebabkan kegentaran awam tahun lepas | Zamri Vinoth didakwa buat kenyataan timbul kegentaran awam semasa perhimpunan di hadapan sebuah kompleks beli-belah di ibu negara | 

Alliance Bank Tawar Bantuan Kepada Pelanggan Terjejas Banjir

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd akan menyediakan bantuan termasuk moratorium pinjaman sehingga enam bulan, pilihan pembayaran balik yang diubah suai serta pengecualian fi dan caj bagi pelanggan serta perniagaan yang terjejas akibat banjir semasa.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank tersebut mengumumkan permohonan untuk bantuan banjir kini dibuka sehingga 27 Disember.

“Ia menawarkan bantuan pembayaran bagi semua pinjaman konvensional dan kemudahan pembiayaan Islam. Bank juga akan mengecualikan fi bagi penggantian kad debit, kad ATM, buku cek dan buku simpanan yang hilang atau rosak akibat banjir,” katanya.

Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan banjir dengan menghubungi khidmat pelanggan di 03-5516 9988 atau dengan berbincang secara langsung dengan pengurus perhubungan bank.

Bank akan menilai setiap permintaan pelanggan berdasarkan kes demi kes.

-- BERNAMA