BERITA TERKINI   Kejuaraan Kelab ASEAN 2025/2026: Selangor 2-0 Cong An Hanoi FC | Penerbitan bon lestari dijangka meningkat susulan pertumbuhan pesat pusat data – Moody’s Ratings | 

Terdapat 291 berita berdasarkan kata kunci carian " penasihat"

Polyplas Rasmi Kilang Berteknologi Tinggi Bernilai RM74 Juta Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 25 Nov (Bernama) -- Polyplas Sdn Bhd, sebuah syarikat pengeluar acuan dengan suntikan ketepatan Malaysia dan subsidiari utama Ge-Shen Corporation Bhd, telah melancarkan kilang berteknologi tinggi di Pulau Pinang pada 21 Nov lepas untuk mengukuhkan kehadiran strategiknya dalam sektor perkilangan negara.

Semico Capital Meterai Perjanjian Taja Jamin Untuk IPO

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Semico Capital Bhd memeterai perjanjian taja jamin bersama Affin Hwang Investment Bank Bhd bagi menerbitkan tawaran awam permulaan (IPO) untuk penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Wasco Greenergy Sasar RM75 Juta Daripada IPO

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Wasco Greenergy Bhd, yang dijadualkan untuk penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Malaysia berhasrat mengumpulkan RM75 juta daripada tawaran awam permulaannya (IPO).

Sekatarakyat Lancar Sukuk Wakalah RM2 Bilion

PUTRAJAYA, 20 Nov (Bernama) -- Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Bhd (Sekatarakyat) memeterai kerjasama dengan Bank Islam Malaysia Bhd melalui penerbitan Sukuk Wakalah bernilai RM2 bilion, sekali gus menandakan kemasukan sulung koperasi itu dalam pasaran modal patuh syariah.

Geohan Hasrat Kumpul RM72.6 Juta Melalui IPO

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Pakar kejuruteraan geoteknik dan asas, Geohan Corporation Bhd berhasrat untuk mengumpulkan RM72.6 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 5 Disember 2025.

AirAsia Derma 15 Peso Bagi Setiap Tempat Duduk Terjual Untuk 'To The Philippines With Love'

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- AirAsia akan mendermakan 15 peso (100 peso = M6.98) bagi setiap tempat duduk yang terjual dari 15 Nov, 2025 hingga 14 Jan, 2026 untuk menyokong program bantuan dan pemulihan taufan di Filipina.

LAC Med Berhasrat Kumpul RM55.6 Juta Melalui IPO

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Peranti perubatan dan penyedia penyelesaian bersepadu, LAC Med Bhd berhasrat untuk mengumpulkan RM55.6 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd pada 10 Disember 2025. 

Petronas Lantik Maimunah Mohd Sharif Penasihat Hartanah, Berkuat Kuasa 17 Nov 2025

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Petronas melantik Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif sebagai Penasihat Hartanahnya, berkuat kuasa 17 Nov 2025.

IPO Polymer Link Terlebih Langgan 48.74 Kali

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bahagian awam tawaran awam permulaan (IPO) Polymer Link Holdings Bhd telah terlebih langgan sebanyak 48.74 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 25 Nov.

Khidmat Tengku Zafrul Sebagai Menteri MITI Berakhir Pada 2 Disember 2025

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan mengakhiri perkhidmatan beliau berkuat kuasa pada 2 Disember 2025.

Bursa Malaysia Lancar Platform Thoughtstream Galak Penyelidikan Pasaran Bebas

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd melancarkan ThoughtStream, platform digital baharu bagi menggalakkan pelabur, penyelidik, pelajar dan penggiat pasaran berkongsi penyelidikan serta pandangan bebas mereka mengenai syarikat tersenarai dan trend pasaran.

PNB Merdeka Ventures Terbit Sukuk Lestari Korporat Terbesar Di ASEAN

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd berjaya melaksanakan terbitan sulung Sukuk Wakalah Merdeka Lestari di bawah Program Sukuk Wakalah Merdeka sehingga RM6 bilion nilai nominal sebagai sebahagian daripada strategi kepelbagaian pembiayaannya.