BERITA TERKINI   Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan ke atas Iran dan serangan balas terhadap beberapa negara di Timur Tengah - Kementerian Luar | Kes tembak Komander AKPS: KDN siasat pelbagai sudut termasuk kebarangkalian wujud elemen jenayah terancang, motif dendam - Saifuddin Nasution | Scoot batal penerbangan Singapura-Jeddah-Singapura yang dijadualkan pada 28 Feb - SIA | Pusat khidmat yang bergabung dengan Armada ke-5 AS di Bahrain diserang peluru berpandu - Agensi Berita Bahrain | Malaysia kecam sekeras-kerasnya serangan rejim Zionis ke atas Iran, gesa rundingan diadakan - Menteri Luar Mohamad Hasan | 

AirAsia Derma 15 Peso Bagi Setiap Tempat Duduk Terjual Untuk 'To The Philippines With Love'

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- AirAsia akan mendermakan 15 peso (100 peso = M6.98) bagi setiap tempat duduk yang terjual dari 15 Nov, 2025 hingga 14 Jan, 2026 untuk menyokong program bantuan dan pemulihan taufan di Filipina.

Dalam kenyataan pada Sabtu, AirAsia menjelaskan sumbangan itu merupakan sebahagian inisiatif “To the Philippines with Love” yang dilancarkan dalam semangat solidariti ASEAN susulan bencana alam baru-baru ini, termasuk gempa bumi yang melanda Cebu pada Oktober serta Taufan Tino (Kalmaegi) yang telah menjejaskan wilayah itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A dan Penasihat AirAsia Aviation Group, Tan Sri Tony Fernandes berkata AirAsia berharap sumbangan itu dapat memberikan harapan dan membantu membangunkan semula perniagaan dan membolehkan penduduk setempat bangkit kembali.

“Sumbangan itu akan disalurkan menerusi AirAsia Foundation yang merupakan cabang dermawan kumpulan dalam menyokong projek bantuan dan pembinaan semula.

“Keutamaan diberikan kepada infrastruktur komuniti serta latihan dan kesedaran untuk memperkukuh keupayaan komuniti rentan dalam menghadapi bencana,” katanya dalam kenyataan itu.

-- BERNAMA