5bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Maxis Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM398 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2025, meningkat 11.8 peratus daripada RM356 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan sewaan penjana Express Powerr Solutions (M) Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 24 Sept 2025, menjangka meraih RM36.0 juta menerusi tawaran awam permulaannya (IPO).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Suntikan modal baharu berjumlah RM116.7 juta daripada setiap pemegang saham pengendali rangkaian mudah alih (MNO) Digital Nasional Bhd (DNB) memberikan rangsangan mudah tunai jangka masa pendek kepada syarikat itu, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan menjalankan konsultasi awam bagi draf laporan akhir Kajian Pasaran Ekosistem Ekonomi Digital pada Selasa depan di Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) Centre of Excellence di sini.
5bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid and Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Permintaan ke atas emas yang kukuh dijangka meningkatkan asas pelanggan Public Gold Marketing Sdn Bhd (Public Gold) kepada 2.3 juta menjelang akhir tahun ini daripada 2.2 juta pada ketika ini.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Inflasi keseluruhan Malaysia terus menyusut kepada 1.1 peratus pada Jun 2025 daripada 1.2 peratus yang disaksikan pada Mei lepas, manakala inflasi teras kekal pada 1.8 peratus, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Sebanyak 25 projek pelaburan pusat data diluluskan insentif Pecutan Ekosistem Digital (Desac) sepanjang tempoh 2021 sehingga 31 Mac 2025 dengan pelaburan berjumlah RM144.4 bilion, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Penggunaan pembayaran digital dijangka meningkat di Malaysia, dengan 99 peratus pengguna berkemungkinan menggunakan kaedah pembayaran digital baharu pada tahun hadapan, menurut tinjauan oleh Mastercard.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan mengambil alih fungsi kawal selia Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) berkuat kuasa 1 Ogos, 2025.
6bulan ago
Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar
JAKARTA, 16 Julai (Bernama) -- Platform penghantaran berpangkalan di Malaysia, Haloje Delivery akan memasuki pasaran Singapura bulan depan selepas pengembangannya ke Indonesia baru-baru ini, kata Pengasas dan Pengarahnya Jalluddin Abu Hassan.
6bulan ago
SEPANG, 15 Julai (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) melabur sebanyak RM30 juta pada separuh pertama 2025 untuk menambah baik pengalaman menyeluruh penumpang dan kecekapan operasi di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA T1).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- RHB Bank Bhd memperkenalkan RHB Smart Account/-i yang diperbaharui, membolehkan pelanggan memilih sama ada menikmati kadar faedah lebih tinggi atau mata ganjaran kesetiaan, seiring dengan usahanya dalam meningkatkan fleksibiliti urusan perbankan harian.