Terdapat 7791 berita berdasarkan kata kunci carian " meningkat"

Johor Sasar Pelaburan RM140 Bilion Tahun Ini

JOHOR BAHRU, 9 Mac (Bernama) -- Selepas mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan tertinggi negara pada tahun lepas sebanyak RM110 bilion, Johor menyasarkan untuk meningkatkan lagi momentum pertumbuhan pelaburan kepada RM140 bilion pada tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Kerajaan Peruntuk RM2.4 Billion Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Bagi Suku Pertama 2026 - Liew

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Kerajaan memperuntukkan RM2.4 bilion bagi pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk suku pertama 2026, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.

Kerajaan Peruntuk RM2.4 Bilion Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Bagi Suku Pertama 2026 - Liew

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Kerajaan memperuntukkan RM2.4 bilion bagi pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk suku pertama 2026, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, seiring dengan prestasi Wall Street semalaman yang lemah berikutan sentimen terjejas oleh lonjakan harga minyak mentah, dengan harga minyak mentah Brent melebihi US$105 setong.

Pelabur Asing Kembali Jadi Pembeli Bersih Ekuiti Dengan Aliran Masuk RM411.4 Juta - MBSB

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih ekuiti di Bursa Malaysia minggu lepas, mengakhiri aliran jualan bersih selama dua minggu berturut-turut dan mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM411.4 juta.

Kerajaan Tingkat Peruntukan Bagi Pembangunan Industri Lada Di Bawah RMK13 - Noraini

BATU PAHAT, 9 Mac (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi meningkatkan peruntukan bagi pembangunan industri lada kepada RM45.8 juta pada 2026 di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) berbanding RM21.4 juta pada tahun lepas.

Ringgit Dibuka Rendah, Lonjakan Harga Minyak Sokong Dolar AS

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berikutan langkah mengelak risiko yang meningkat mengukuhkan mata wang itu selepas harga minyak mentah Brent melonjak 15.5 peratus kepada US$107.04 setong, kata penganalisis.

RON95 Boleh Kekal Pada RM1.99 Walaupun Harga Minyak Global Melonjak - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Malaysia mungkin dapat mengekalkan harga bahan api RON95 pada RM1.99 seliter walaupun harga minyak global meningkat susulan ketegangan di sekitar Selat Hormuz, kata ahli ekonomi.

Langit Yang Menyentuh Hati, Industri Penerbangan Selamatkan Penumpang Terkandas

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Di tengah-tengah konflik berterusan di Timur Tengah yang telah mencetuskan kekacauan dalam industri penerbangan dan menyebabkan ribuan pelancong terkandas, amat menyentuh hati apabila melihat komuniti penerbangan global berganding bahu untuk memindahkan penumpang dengan selamat ke destinasi masing-masing.

Amir Hamzah Adakan Pertemuan Dua Hala Bersama Timbalan PM Thailand

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) - Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah telah mengadakan pertemuan dua hala dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Thailand, Dr Ekniti Nitithanprapas di Kementerian Kewangan Thailand.

Penswastaan DNB Kurangkan Liabiliti Kewangan Kerajaan, Kata Ahli Akademik

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid dan Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Penswastaan ​​Digital Nasional Bhd (DNB) dijangka dapat mengurangkan liabiliti kewangan kerajaan dan risiko berkaitan apabila penggunaan rangkaian 5G beralih daripada fasa dipacu dasar kepada peringkat komersial sepenuhnya, kata seorang pakar industri.

Guangdong Sasar Pertingkat Kerjasama Ekonomi Dengan Asia Tenggara, Malaysia

Daripada Nurhafizah Tan

BEIJING, 7 Mac (Bernama)  -- Wilayah Guangdong China sedang berusaha untuk mempertingkat kerjasama ekonomi dengan negara-negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia menerusi integrasi perindustrian lebih erat, saluran pasaran diperluas dan peningkatan pelaburan dua hala.