Terdapat 142 berita berdasarkan kata kunci carian " kerajaan madani"

MATFA Gesa Pembaharuan Duti Hiburan Bantu Tingkat Akses B40, Pertumbuhan Pelancongan

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Persatuan Taman Tema dan Tarikan Keluarga Malaysia (MATFA) menggesa kerajaan melaksanakan pembaharuan terhadap Akta Duti Hiburan 1953 atau menggantikan undang-undang era kolonial itu yang dilihat membebankan keluarga berpendapatan rendah dan menghalang perkembangan sektor hiburan keluarga.

Defisit Turun Secara Berfasa, Kurangkan Beban Hutang Negara - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Kerajaan MADANI menurunkan defisit secara berfasa bagi mengurangkan beban hutang negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Pengurangan Tarif AS Cetuskan Kesan Limpahan Positif Merentas Sektor-sektor Utama - Nga

PUTRAJAYA, 1 Ogos (Bernama) -- Hasil perdagangan yang progresif seperti keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk mengurangkan tarif ke atas eksport Malaysia akan memberi kesan limpahan ekonomi yang meluas merentas pelbagai sektor termasuk pembinaan dan pembuatan.

Penurunan Tarif AS: Tengku Zafrul Beri Penjelasan Di Dewan Rakyat Pada Isnin - Fahmi

PUTRAJAYA, 1 Ogos (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan memberi penjelasan di Dewan Rakyat pada Isnin depan berhubung keputusan terbaharu Amerika Syarikat (AS) mengurangkan kadar tarif timbal balik ke atas Malaysia daripada 25 peratus kepada 19 peratus.

Kerajaan MADANI Perkukuh Dasar Negara Menerusi Kerangka Ekonomi MADANI -- PM Anwar

KUALA LUMPUR, Julai 31 (Bernama) -- Kerajaan MADANI mengorak hala tuju dasar negara dengan berani dan  tuntas menerusi penggubalan kerangka Ekonomi MADANI yang berpaksikan kepada kemampanan, kesejahteraan rakyat serta tatakelola berintegriti.  

Jangan Terpedaya Penipuan Pendaftaran Penghargaan SARA - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kementerian Kewangan menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya dengan penipuan atau scam menjemput mereka membuat pendaftaran bagi inisiatif penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diumumkan Kerajaan MADANI, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

RM11.3 Bilion Pelaburan Dilaksana Setakat Ini Di Bawah Kerajaan MADANI - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Sejumlah RM11.3 bilion pelaburan dalam sektor pembuatan telah diluluskan di bawah pimpinan kerajaan MADANI, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Misi Perdagangan Luar Negara Berhasil, Dua Syarikat Asing Mula Projek Pelaburan di Malaysia

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Dua projek pelaburan asing yang diumumkan semasa misi perdagangan dan pelaburan kerajaan ke luar negara kini telah mula dilaksanakan sekali gus menepis dakwaan bahawa tiada hasil diperoleh daripada lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke luar negara.

Penghargaan Khas Untuk Rakyat Telah Ambil Kira Keupayaan Fiskal Negara - PMO

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Penghargaan Khas yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam telahpun mengambil kira keupayaan fiskal negara, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Langkah Pastikan Industri Semikonduktor Negara Berdaya Saing Diumum Esok - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Kerajaan bakal mengumumkan beberapa langkah proaktif untuk memastikan industri semikonduktor negara terus berdaya saing pada Sidang Kemuncak Semikonduktor ASEAN (ASEMIS) 2025 esok, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerajaan Sentiasa Pastikan Sebarang Perjanjian Akan Sokong Pembaharuan Ekonomi - Zafrul

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Pendekatan rundingan kerajaan sentiasa memastikan bahawa sebarang persetujuan yang dicapai menyokong pembaharuan ekonomi negara dan strategi pertumbuhan mampan.

Sidang Kemuncak MDX Akan Fokus Kepada Teknologi Nextgen

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Sidang Kemuncak Xceleration Digital Malaysia (MDX) 2025 akan menumpukan pada teknologi generasi akan datang (NEXTGEN), membincangkan lima perkara utama dalam sesi panel sepanjang acara yang berlangsung selama tiga hari itu.