BERITA TERKINI   GSF 2.0: Semua 428 aktivis flotilla termasuk 29 rakyat Malaysia dibebaskan, dijangka tiba di Turkiye 10 malam ini - KP SNCC | MCMC keluar Tuntutan Statutori terhadap TikTok susulan gagal sekat dan turun kandungan jelik melampau, akaun palsu yang ditujukan kepada Institusi Diraja | Petronas Chemicals Group kembali catat untung bersih sebanyak RM401.0 juta pada suku pertama berbanding kerugian bersih RM18.0 juta pada tahun sebelumnya | Sebahagian aktivis yang diculik dijangka dipindahkan ke Penjara Ketziot, Israel - KP SNCC | 

RM11.3 Bilion Pelaburan Dilaksana Setakat Ini Di Bawah Kerajaan MADANI - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Sejumlah RM11.3 bilion pelaburan dalam sektor pembuatan telah diluluskan di bawah pimpinan kerajaan MADANI, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata jumlah itu melibatkan 11 pengilang dan telah memulakan operasi di seluruh negara.

“Ini baru sebahagian daripada syarikat yang sudah memulakan operasi. Kalau dicampur dengan kilang yang sedang dibina, lagilah banyak,” katanya dalam video yang dimuat naik di laman sosial beliau.

Antara pengilang yang telah menunjukkan komitmen pelaburan termasuklah INV New Material Technology (M) Sdn Bhd di Pulau Pinang sebanyak RM3.2 bilion, Alliance Contract Manufacturing Sdn Bhd di Pulau Pinang dan Kedah (RM1.5 bilion).

Selain itu, katanya Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd di Selangor (RM1.4 bilion), Dominant Opto Technologies Sdn Bhd di Melaka (RM1 bilion) dan Cosmx Technology Malaysia Sdn Bhd di Pulau Pinang (RM921 juta).

-- BERNAMA