3hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menjangka inisiatif pembiayaan bersasar seperti skim BR Prosper-i Bank Rakyat dan program pembiayaan SUCCESS SME Bank akan membantu mengurangkan tekanan dengan menyediakan pilihan pembiayaan yang lebih mudah diakses dan kompetitif.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$125.53 bilion, manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$266.1 juta pada akhir Disember 2025.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada Jumaat, seiring dengan kenaikan dalam kadar asas pasaran tunai.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Malaysia dan Singapura memperkukuh komitmen terhadap Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) sebagai tunjang utama hubungan ekonomi dua hala.
3hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Jumaat berikutan sentimen pasaran yang lebih baik selepas bursa itu menjelaskan bahawa tindakan Morgan Stanley Capital International (MSCI) baru-baru ini adalah terhadap Indonesia dan tiada kebimbangan sama dijangka melibatkan Malaysia.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka dengan meningkat semula berbanding dolar AS pada Jumaat didorong ketidaktentuan yang berterusan di Amerika Syarikat (AS) yang terus menjejaskan mata wangnya, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Pasaran penumpang udara global pada 2025 menyaksikan permintaan yang kukuh dan pertumbuhan positif tetapi pada masa sama menghadapi kekangan kapasiti yang berterusan dalam industri penerbangan disebabkan oleh cabaran penyahkarbonan dan isu rantaian bekalan, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Syarikat penerbangan Asia Pasifik mendahului prestasi global pada 2025, dengan permintaan kargo udara, yang diukur dalam kargo tan kilometer (CTK), naik 8.4 peratus dari tahun ke tahun selepas disokong oleh majoriti laluan utama, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Koperasi Permodalan Felda (KPF) telah membayar sejumlah RM1.21 bilion kepada ahlinya bagi permohonan pengeluaran syer dan dividen tahunan dalam tempoh 2020 hingga 30 Nov 2025.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Seramai 94,677 pekebun kecil menerima manfaat Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dengan jumlah bayaran sebanyak RM9.50 juta sepanjang tempoh Januari hingga November 2025, kata Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Pembiayaan dan pelaburan mampan adalah penting untuk mempercepatkan peralihan kemampanan pelepasan Skop 3, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sedang berbincang dengan syarikat pengendali kenderaan darat dan pembekal minyak biodiesel B20 untuk mengadun bahan api itu dalam usaha memperluas penggunaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).