13hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini terjejas oleh aktiviti pengambilan untung susulan prestasi kukuhnya baru-baru ini, dengan indeks petunjuk pasaran susut sebanyak 0.14 peratus.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini lebih rendah ketika aktiviti pengambilan untung dalam kalangan saham wajaran tinggi perladangan dan perkhidmatan kewangan terpilih.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, menjejaki prestasi kukuh semalaman di Wall Street dan sentimen tempatan yang lebih baik menjelang anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2025 yang akan dikeluarkan hari ini.
14hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Aktiviti membeli saham berharga rendah di kaunter perkhidmatan kewangan berwajaran tinggi telah menyokong indeks utama Bursa Malaysia pulih daripada penurunan sebelumnya dan melonjak ke ke paras tertinggi intra harinya, hari ini.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dalam wilayah negatif, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam kebanyakan kaunter wajaran tinggi.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Pengeluar sarung tangan Malaysia dijangka terus memaparkan perkembangan positif dalam struktur kos lebih rendah yang diterjemahkan kepada peningkatan margin serta keuntungan bersih lebih kukuh dalam memasuki tahun 2026.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih rendah berikutan penjualan dalam saham wajaran tinggi indeks, diterajui kaunter perkhidmatan kewangan dan utiliti telah memberi kesan kepada pasaran.
16hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada awal dagangan hari ini selepas mencatat paras tertinggi dalam tempoh melebihi enam tahun, dipengaruhi oleh sentimen negatif susulan prestasi semalaman Wall Street walaupun indeks penanda aras melebihi paras 1,700.
16hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup kukuh melonjak kepada 1,708.20, paras tertingginya dalam tempoh lebih enam tahun, disokong oleh sentimen serantau yang positif susulan kenaikan di Wall Street dan minat belian asing yang berterusan.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini dengan mengekalkan momentum peningkatannya, didorong oleh belian berterusan dalam kaunter perkhidmatan kewangan dan berkaitan pengguna.
17hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkat apabila ditutup pada paras tertinggi baharu dalam tempoh enam tahun hari ini, disokong oleh minat belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi dan perladangan, seiring dengan prestasi kukuh pasaran serantau.