4bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- CIMB Investment Bank Bhd mengunjurkan defisit belanjawan sebanyak 3.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 2026 dengan hasil kerajaan meningkat sebanyak empat peratus kepada RM353.3 bilion pada tahun yang sama.
4bulan ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
KUNMING (CHINA), 17 Sept (Bernama) -- Media Malaysia menunjukkan minat yang mendalam terhadap kemajuan teknologi China khususnya dalam kenderaan elektrik (EV) dan ekonomi digital serta memberi tumpuan kepada bagaimana perkembangan ini memberi kesan secara langsung kepada Malaysia dari segi penciptaan pekerjaan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) - Sektor pembuatan dijangka mencatatkan prestasi lemah pada separuh kedua 2025 berikutan tekanan kos yang berterusan dan jangkaan permintaan yang lebih lemah, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).
4bulan ago
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Malaysia telah melaksanakan langkah yang sewajarnya untuk menjadikan teknologi kereta hidrogen sebagai keutamaan negara dalam inisiatif tenaga bersih di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Malaysia memperkukuh komitmen terhadap multilateralisme dengan membuka lebih banyak pasaran melalui kerjasama perdagangan dan pelaburan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
4bulan ago
KUCHING, 14 Sept (Bernama) -- Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk membuka laluan perdagangan rasmi antara Tebedu di barat daya Sarawak dan Entikong di Kalimantan, merupakan pencapaian penting dalam memperkukuh kerjasama ekonomi rentas sempadan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- X-Fab, peneraju global dalam pembuatan semikonduktor analog/isyarat campuran dan khusus hari ini melancarkan pengembangan kemudahan pembuatan semikonduktornya di Sarawak bernilai RM3 bilion.
4bulan ago
PETALING JAYA, 12 Sept (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan kejuruteraan utiliti, Cheeding Holdings Bhd menyasarkan untuk meraih RM51.5 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO), menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 7 Okt 2025.
4bulan ago
KUCHING, 12 Sept (Bernama) -- Kerajaan Sarawak mengulangi komitmennya untuk menjadikan negeri itu sebagai hab serantau bagi pembuatan dan semikonduktor termaju, berteraskan tenaga boleh baharu, infrastruktur yang mantap dan pembangunan tenaga kerja.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran pertumbuhan sektor pembuatan Malaysia bagi 2025 pada kadar 3.9 peratus, lebih rendah berbanding 4.3 peratus pada tahun lepas dengan mengambil kira unjuran berhati-hati terhadap perdagangan luar negara.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) kekal berhati-hati terhadap prospek sektor pembuatan Malaysia di sebalik ketidaktentuan perdagangan global dan tarif yang berterusan.
4bulan ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mesti dilihat sebagai penyelesaian barisan hadapan yang kritikal bagi melengkapkan tenaga kerja di Malaysia dengan kemahiran bagi industri pertumbuhan tinggi seperti semikonduktor, tenaga boleh baharu dan kenderaan elektrik, kata seorang pakar ekonomi.