Terdapat 657 berita berdasarkan kata kunci carian " belanjawan"

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikan minggu lepas, dibuka tinggi berbanding dolar AS dan sekumpulan mata wang utama, disokong oleh Indeks Dolar AS (DXY) yang rendah berikutan jangkaan pengurangan cukai dan perbelanjaan yang sedang dipertimbangkan di Senat Amerika Syarikat (AS).

Kerajaan Pertimbang Perkenal Skim Insurans Asas Bagi Kurangkan Kesan Inflasi Kos Perubatan - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Kerajaan sedang mempertimbangkan langkah untuk memperkenalkan skim insurans asas bagi mengurangkan kesan inflasi kos perubatan yang membimbangkan rakyat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Ketegangan Geopolitik Di Timur Tengah Bersifat Jangka Masa Pendek - Amir Hamzah 

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Ketegangan geopolitik berterusan di Timur Tengah memberikan kesan bersifat jangka masa pendek kepada Malaysia, terutama dari segi kestabilan ekonomi, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Inisiatif Strategik SME Bank Bernilai RM211 Juta Sokong Pertumbuhan PMKS - Amir Hamzah 

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Pelancaran inisiatif strategik bernilai RM211 juta oleh Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank) akan menyokong pertumbuhan mampan dan inklusif segmen perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

LHDN Sediakan Format, Contoh Baucar Dividen Melalui Portal Rasmi

PUTRAJAYA, 24 Jun (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyediakan format dan contoh baucar dividen baharu kepada pembayar cukai yang boleh dimuat turun melalui portal rasmi www.hasil.gov.my.

Pemain Industri Digalak Bawa Hasil R&D Kepada MPOB Untuk Dikomersialkan -- Johari

BANGI, 19 Jun(Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi mengalu-alukan penyertaan pemain industri yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk bekerjasama dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam usaha mengkomersialkan hasil inovasi berasaskan sawit.

Malaysia Ketengah Pembaharuan Penjagaan Kesihatan, Kewangan Di Simposium Sasana 2025

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Simposium Sasana 2025 Bank Negara Malaysia (BNM) yang berakhir hari ini, menjadi pentas bagi penegasan keperluan semasa dan mendadak untuk tindakan bersama  memangkin pembaharuan struktur demi melonjakkan daya tahan Malaysia dalam jangka panjang.

Kerajaan Ambil Kira Pandangan Pelbagai Pihak Dalam Semakan SST

IPOH, 17 Jun (Bernama) -- Pandangan pelbagai pihak tetap diambil kira jika terdapat penambahbaikan yang perlu dibuat dari semasa ke semasa, dalam semakan kadar Cukai Jualan dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan.

Kerajaan Utamakan Rasionalisasi Subsidi RON95 Terlebih Dahulu Sebelum Cukai Karbon Pada 2026

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan mengutamakan rasionalisasi subsidi petrol RON95 tahun ini sebelum memperkenalkan cukai karbon pada 2026, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

SST: Permintaan Hartanah Perindustrian Bantu Kurangkan Impak Sektor Hartanah - RHB

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Kesan keseluruhan daripada semakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ke atas sektor hartanah boleh dikurangkan melalui permintaan yang “sihat” untuk hartanah perindustrian, kata RHB Investment Bank Bhd.

Semakan SST, Perkukuh Kedudukan Fiskal, Lindungi Kumpulan Rentan -- Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Semakan dan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) menunjukkan komitmen kerajaan terhadap cukai yang progresif dan saksama untuk mengukuhkan kedudukan fiskal sambil melindungi golongan yang paling memerlukannya.

Masa Untuk Malaysia Terajui Penyelidikan Dan Inovasi Dalam Ekonomi Islam - Universiti INCEIF

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Universiti INCEIF menggesa Malaysia untuk menerajui penyelidikan dan inovasi global dalam ekonomi Islam serta membina reputasinya yang mantap sebagai peneraju dalam kewangan Islam.