1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R Ramanan akan mengusulkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya peruntukan kepada komuniti India ditingkatkan pada tahun depan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Axiata Group Bhd (Axiata) mencatat prestasi kewangan memberangsangkan apabila meraih keuntungan bersih suku ketiga tahun kewangan berakhir pada 30 Sept, 2024 yang mencecah RM976.67 juta berbanding kerugian bersih RM797.41 juta bagi suku sama setahun lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengehadkan kenaikan sebelum ini untuk mengakhiri sesi pagi dengan turun sedikit berikutan jualan melebihi pembelian disebabkan kekurangan pemangkin terutamanya dengan pasaran AS ditutup pada Khamis untuk cuti Hari Kesyukuran.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis sebelum bertukar rendah berikutan kekurangan pemangkin ketika Wall Street mencatat prestasi lemah di tengah-tengah data inflasi yang tinggi dan perdagangan yang lebih perlahan menjelang cuti Hari Kesyukuran di Amerika Syarikat (AS).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Ringgit kekal kukuh berbanding dolar AS pada Khamis, disokong oleh penurunan Indeks Dolar AS (DXY) yang menyusut 0.91 peratus kepada 106.036 mata.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Sebanyak 20 syarikat telah diluluskan geran bernilai hampir RM1.5 juta menerusi Program Business Accelerator untuk syarikat milikan India bersaiz kecil (I-BAP) oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp).
1tahun ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu, dirangsang oleh harga minyak mentah yang stabil dan kebimbangan terhadap bekalan getah yang terhad berikutan ramalan cuaca lembap, kata sumber pasaran.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu, didorong oleh minit mesyuarat terkini Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang dilihat kurang agresif daripada jangkaan dan mengekalkan naratif penurunan kadar faedah.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Rabu apabila saham utiliti membantu menyeimbangkan tekanan jualan dalam saham sektor perladangan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menjangkakan prospek perniagaan bagi tempoh suku keempat 2024 kekal positif dengan Indeks Keyakinan Perniagaan (BCI) mencecah hampir 105 mata.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada tengah hari Rabu walaupun pasaran serantau mencatat prestasi kurang memberangsangkan ketika pelabur mengalihkan tumpuan terhadap pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) lewat malam ini.