BERITA TERKINI   MTL: Pusat Kawalan Operasi Bencana di semua peringkat akan diaktifkan lebih awal, pastikan pemantauan, koordinasi berjalan lancar - TPM Ahmad Zahid | PM seru anak muda Malaysia terajui langkah tolak rasuah, dukung tadbir urus baik untuk pulihkan integriti | Malaysia raih potensi perdagangan dan pelaburan bernilai RM24.45 bilion di Expo 2025 Osaka, 188 peratus melebihi sasaran RM13 bilion - Ketua Setiausaha MITI | Ketua jabatan dibenar pertimbang permohonan bekerja dari rumah bagi pegawai terkesan kesesakan trafik semasa Sidang Kemuncak ASEAN - JPA | Pavilion Malaysia di Expo 2025 Osaka menerima jumlah pengunjung yang mencatat rekod sebanyak 3.51 juta, jauh melebihi sasaran 1.5 juta orang - Ketua Setiausaha MITI | 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur Dirangsang Harga Minyak Stabil, Bekalan Terhad

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu, dirangsang oleh harga minyak mentah yang stabil dan kebimbangan terhadap bekalan getah yang terhad berikutan ramalan cuaca lembap, kata sumber pasaran.

Seorang peniaga berkata sentimen pasaran juga didorong oleh prospek rangsangan fiskal China apabila peniaga memberi reaksi terhadap gencatan senjata di Timur Tengah.

Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan data ekonomi China yang lemah sewaktu kebimbangan mengenai tarif perdagangan AS," katanya kepada Bernama.

Beliau menekankan harga minyak stabil pada Rabu ketika pasaran menilai potensi kesan perjanjian gencatan senjata di antara Israel dengan Hezbollah selain menjelang mesyuarat Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum Plus (OPEC+) Ahad ini.

 Pada 5 petang, harga minyak mentah Brent naik 0.33 peratus kepada US$73.11 setong. 

Menurut Biro Statistik Kebangsaan China, keuntungan perindustrian China pada Oktober susut 10 peratus berbanding tahun sebelumnya, satu peningkatan daripada penurunan sebanyak 27.1 peratus pada September.

Bagaimanapun, pendapatan merosot 4.3 peratus dalam 10 bulan pertama, berbanding penurunan 3.5 peratus dari Januari hingga September.

"Presiden AS Joe Biden mengumumkan perjanjian gencatan senjata pada Selasa, menandakan penurunan ketegangan dalam konflik Timur Tengah selepas 13 bulan pertempuran sengit, walaupun permusuhan Israel di Gaza dijangka berterusan," katanya.

 Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) tidak berubah pada 854.5 sen sekilogram manakala lateks pukal menguncup 4.5 sen kepada 684 sen sekilogram.

Pada 5 petang, GMM 20 berada pada 868.5 sen sekilogram dan lateks pukal berada pada 681 sen sekilogram.

-- BERNAMA