BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Negeri Sembilan 0-1 Selangor | 

Terdapat 3662 berita berdasarkan kata kunci carian "bank"

Aktiviti Buru Saham Pacu Kenaikan FBM KLCI, Jejak Prestasi Serantau Dan Wall Street

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kembali bangkit pada akhir dagangan Selasa berbanding penyusutan semalam, didorong oleh aktiviti memburu saham berharga rendah di tengah-tengah momentum positif semalaman Wall Street dan prestasi pasaran serantau.

Penipuan Dalam Talian Ancam Reputasi Malaysia Sebagai Lokasi Perniagaan Selamat

Oleh Mikhail Raj Abdullah dan Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Angka kerugian mencecah RM54 bilion setahun yang ditanggung rakyat Malaysia akibat kes penipuan dalam talian bukan setakat mengejutkan, malah membimbangkan lebih-lebih lagi jumlah itu mewakili kira-kira tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, didorong oleh prestasi bercampur-campur di Wall Street dan pasaran serantau.

​​​Ringgit Dibuka Tinggi Berikutan Indeks Dolar AS Merosot

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, didorong oleh Indeks Dolar AS (DXY) yang lemah selepas data ekonomi Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan, kata penganalisis.

Pengambilalihan Baki Saham MAHB Cecah 75.73 Peratus

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Pengambilalihan baki saham oleh pemberi tawaran bersama saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi pihak Gateway Development Alliance Sdn Bhd, Pantai Panorama Sdn Bhd, Kwasa Aktif Sdn Bhd dan Gip Aurea Pte Ltd telah mencapai 75.73 peratus.

Ringgit Ditutup Rendah Berikutan Ekonomi AS Menunjukkan Tanda Pemulihan

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Ringgit meneruskan trend penyusutan untuk ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan ekonomi Amerika Syarikat (AS) menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang seterusnya hingga mendorong permintaan untuk dolar AS.

FBM KLCI Ditutup Rendah Seiring Prestasi Lemah Pasaran Serantau

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran serantau apabila pasaran utama di seluruh dunia kebanyakannya mencatatkan aliran negatif. 

Oriental Kopi Sasar Kumpul RM184 Juta Melalui IPO

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Operator rangkaian kafe perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) Oriental Kopi Holdings Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia berhasrat untuk mengumpulkan RM184 juta melalui tawaran awam permulaannya (IPO).

Institusi Tempatan Pembeli Bersih Di Bursa Malaysia Bagi Minggu Ke-11

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Institusi tempatan menyokong Bursa Malaysia bagi minggu ke-11 berturut-turut dengan jumlah belian bersih ekuiti domestik bernilai RM304.0 juta.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Wall Street

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, mengambil petunjuk daripada penutupan dagangan di Wall Street yang kukuh pada Jumaat lepas, selepas permintaan baharu untuk saham teknologi mendorong pasaran Amerika Syarikat (AS).

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

Oleh Karina Imran dan Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US dan mata wang utama lain dalam persekitaran sentimen berhati-hati menjelang penetapan People’s Bank of China (PBoC) hari ini, kata seorang penganalisis.

Ringgit Dijangka Diniaga Rendah Berbanding Dolar US Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan rendah berbanding dolar US minggu depan, kekal dalam julat sempit minggu depan.