BERITA TERKINI   Syarikat berpangkalan di Singapura telah melabur lebih S$5.5 bilion ke Johor sejak pemeteraian MoU JS-SEZ -- TPM Singapura Gan | Kerajaan menimbang meningkatkan Dana Pembangunan Perniagaan Malaysia-Singapura bagi membantu lebih banyak PKS mendapat peluang perniagaan rentas sempadan – Tengku Zafrul | Semua projek pembuatan bagi industri tidak sensitif dalam sektor ekonomi yang dikenal pasti di JS-SEZ akan diberikan kelulusan pantas untuk Lesen Pengilangan (ML) dalam tempoh 7 hari bekerja - Tengku Zafrul | Tambahan RM200 juta yang diperuntukkan kepada CoSIF di bawah Belanjawan 2026 membolehkan pelaburan bersama dalam projek berimpak tinggi oleh PKS Malaysia di JS-SEZ - Tengku Zafrul | Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan pastikan kes pelajar perempuan Tingkatan Empat yang maut ditikam disiasat secara telus dan adil - Fadhlina  | 

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

Oleh Karina Imran dan Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US dan mata wang utama lain dalam persekitaran sentimen berhati-hati menjelang penetapan People’s Bank of China (PBoC) hari ini, kata seorang penganalisis.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.4890/5050 berbanding dolar US daripada 4975/5030 pada Jumaat lepas.

Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI Stephen Innes berkata pelabur memantau dengan teliti PBoC terutamanya selepas bank pusat itu membenarkan yuan China dalam pesisir melepasi paras utama 7.30 pada Jumaat lepas.

Penetapan PBoC merujuk kepada penetapan harian bank pusat negara itu bagi kadar rujukan yuan berbanding sekumpulan mata wang, satu langkah yang dipantau teliti oleh pasaran kerana ia menunjukkan pendirian Beijing terhadap pengurusan mata wang.

“Pelarasan ini melemahkan yuan luar pesisir, mengakibatkan ia melepasi 7.35 berbanding dolar US dan telah mewujudkan kesan yang ketara di seluruh ekonomi ASEAN.

"Memandangkan yuan terus lemah di sebalik peningkatan hasil Amerika Syarikat (AS), ringgit dan mata wang ASEAN lain yang berkait rapat mungkin menghadapi peningkatan tekanan menurun," katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata hubungan perdagangan dan pelaburan Malaysia yang kukuh, justeru kelemahan yuan China boleh menjejaskan daya saing eksport Malaysia sekali gus memberi tekanan terhadap ringgit.

Memandangkan yuan mempengaruhi pergerakan mata wang Asia yang lebih luas, ringgit mungkin menghadapi masalah yang sama, katanya.

"Pagi ini, ringgit diniagakan lebih tinggi sedikit berbanding dolar US pada awal dagangan, menunjukkan peningkatan 0.12 peratus. Walaupun kenaikan ini, Indeks Dolar AS (DXY) kekal tinggi pada 108.9, meningkat 3.07 peratus berbanding sebulan lepas ," katanya.

Ringgit didagangkan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8496/8601 daripada 2.8606/8643 ketika ditutup pada Jumaat, naik berbanding pound Britain kepada 5.5771/5970 dariada 5.5800/5869 sebelumnya dan melonjak berbanding euro kepada 4.6259/6424 daripada 4.6288/6345.  

Ringgit juga diniagakan tinggi berbanding mata wang negara ASEAN.

Ia menokok berbanding baht Thailand kepada 13.0112/0731 daripada 13.0540/0753 dan menambah berbanding rupiah Indonesia kepada 277.1/278.2 daripada 277.6/278.1 sebelum itu, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2745/2869 daripada 3.2828/2871 dan naik berbanding peso Filipina kepada 7.71/7.75 daripada 7.73/7.74 sebelumnya.

-- BERNAMA