15hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, selepas berlegar menghampiri paras 4.09 minggu lepas, dalam persekitaran sentimen pelabur yang kekal optimis namun berhati-hati menjelang pengumuman data ekonomi utama AS.
15hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, menjejaki harga minyak mentah yang lebih kukuh, kata peniaga.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Poh Kong Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi bagi suku pertama tahun kewangan 2026, berakhir 31 Okt, 2025 (S1 TK2026) kepada RM39.61 juta daripada RM21.34 juta pada suku yang sama tahun lalu.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Aspek lapangan terbang, peraturan serta infrastruktur di serata rantau ini perlu giat diperkemas agar seiring dengan lonjakan permintaan perjalanan udara, termasuk jangkaan ASEAN muncul sebagai ekonomi ketiga terbesar dunia dalam dekad seterusnya, kata Malaysia Aviation Group (MAG).
15hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia telah menyelesaikan proses bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM14.55 bilion melibatkan 3.47 juta bilangan kes setakat 30 November 2025, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Khazanah Nasional menyempurnakan pemuliharaan Seri Negara, satu daripada bangunan paling bersejarah negara apabila Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ditandatangani iaitu detik penting menuju kemerdekaan Malaysia.
15hari ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 15 Dis (Bernama) -- Flexi Flex Hydraulics Sdn Bhd mencipta sejarah sebagai syarikat pertama dari Labuan yang memenangi anugerah berprestij “SME100 Malaysia – Fastest Growing Companies Award” (Syarikat Paling Pesat Berkembang), sekali gus menunjukkan kepimpinan dan sumbangannya terhadap pembangunan industri di rantau ini.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Sesi rundingan seterusnya antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah berhubung pemberian khas dijadual diadakan pada 19 Disember ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
15hari ago
KOTA KINABALU, 15 Dis (Bernama) -- Sabah perlu membangunkan industri perikanan laut dalam secara menyeluruh berdasarkan rantaian nilai merangkumi infrastruktur pendaratan, kemudahan pemprosesan berteknologi tinggi, sistem logistik sejuk serta akses pasaran eksport.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, disokong oleh pengukuhan ringgit yang berterusan, meningkatkan sentimen pelabur.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Majlis Getah Malaysia (MRC) menawarkan 20 pakej insentif mulai tahun depan, termasuk geran bernilai sehingga RM30,000 bagi setiap penyertaan dalam pameran perdagangan untuk meneroka pasaran membangun seperti Timur Tengah dan Eropah Timur.