Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.
Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2025 susut 5.5 mata kepada 1,639.5, Januari 2026 turun 5.5 mata kepada 1,642.0, Mac 2026 berkurangan 6.5 mata kepada 1,625.5, dan Jun 2026 merosot 3.5 mata kepada 1,628.5.
Jumlah dagangan turun kepada 5,068 lot daripada 7,158 pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka susut kepada 41,488 kontrak berbanding 43,035 sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 5.91 mata atau 0.36 peratus kepada 1,643.72 daripada 1,637.81 pada Jumaat minggu lepas.
-- BERNAMA