Terdapat 527 berita berdasarkan kata kunci carian " struktur"

MPC Kurangkan OPR Sebagai Langkah Awalan Kekalkan Haluan Pertumbuhan Stabil - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Berikut adalah transkrip wawancara Bernama menerusi e-mel dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR).

BNM Turunkan OPR Sebanyak 25 Mata Asas Kepada 2.75 Peratus

KUALA LUMPUR,  9 Julai (Bernama) -- Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus.

Pelbagai Bantuan Kewangan Kepada B40, SST Pacu Kestabilan Ekonomi

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Kenaikan gaji dan pertambahan penerima serta jumlah bantuan ekonomi awam seharusnya mengimbangi kesan kenaikan harga dalam jangka masa pendek susulan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), khususnya ketika kerajaan giat meningkatkan siling ekonomi negara.

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Berikutan Pelarasan Tarif AS

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)  apabila sentimen pasaran melemah berikutan pelarasan dasar tarif timbal balik terbaharu oleh AS, menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) esok.

HLIB Unjur BNM Kurangkan 25 Mata Asas OPR, Kenanga Jangka Dasar Tidak Berubah

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas susulan peningkatan ketidaktentuan dasar global.

FMM Mahu Langkah Diplomasi, Campur Tangan Domestik Disegerakan Atasi Impak Tarif AS

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa agar kerajaan mempergiat usaha diplomasi dan tindak balas dasar berikutan pengumuman Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan tarif menyeluruh 25 peratus ke atas eksport Malaysia. 

Peralihan Struktur Permintaan Air SPAN Bantu Kontraktor, Pembekal Paip - CIMB

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan limpahan peluang kepada kontraktor dan pembekal paip, jika gesaan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) supaya industri pusat data beralih kepada sumber air alternatif dilaksanakan.

Perniagaan Jerman Kekal Yakin Dengan Malaysia Meskipun Ketidaktentuan Global - MGCC

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Kebanyakan syarikat Jerman di Malaysia kekal amat yakin dengan persekitaran perniagaan negara ini, menurut Tinjauan World Business Outlook Spring 2025 terkini.

PGB Pulihkan Sepenuhnya Bekalan Gas Ke Kawasan Utama Batu Tiga, Connaught Bridge

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) telah memulihkan sepenuhnya bekalan gas ke kawasan utama di Batu Tiga, Shah Alam, dan Connaught Bridge berikutan penyempurnaan proses pengaliran gas bagi talian paip pintasan baharu yang dibina pada 1 Julai 2025.

Sarawak Kunci Kepada Usaha Tenaga Hijau ASEAN – Pakar

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Segmen Grid Tenaga ASEAN (APG) yang dikaitkan dengan Sarawak sedang membentuk satu pemangkin penting dalam usaha penyahkarbonan serantau, kata seorang pakar.

Konsolidasi Fiskal Mula Tunjuk Hasil Untuk Malaysia, Dolar AS Dijangka Lemah

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Usaha konsolidasi fiskal Malaysia mula menunjukkan hasil dengan langkah-langkah mengecilkan defisit fiskal selain mengurangkan hutang kerajaan mendapat momentumnya walaupun berdepan kritikan.

PM Anwar Gesa Lonjakkan Perdagangan Intra-BRICS, Perjuangkan Orde Dunia Yang Adil, Saksama

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru lonjakan perdagangan intra-BRICS dan seterusnya perkumpulan itu muncul sebagai satu kuasa yang kuat dan berprinsip, berteraskan keadilan, saling menghormati serta komitmen bersama untuk membentuk orde antarabangsa yang lebih seimbang dan adil.