7bulan ago
SHAH ALAM, 24 Jun (Bernama) -- Aircraft Propeller Service (APS), peneraju global dalam penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) kipas pesawat, hari ini membuka kemudahan baharunya di Shah Alam, Selangor, menandakan pusat MRO pertamanya di Asia.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Jenama telekung tempatan terkenal, Siti Khadijah (SK) menyasarkan jualan sebanyak RM2.5 juta dalam tempoh tiga hingga enam bulan bagi koleksi telekung terbaharunya, Maharani, yang dilancarkan hari ini.
7bulan ago
SEREMBAN, 24 Jun (Bernama) -- SD Guthrie Bhd dan Menteri Besar Negeri Sembilan Permerbadanan (MBINS) akan menjalin kerjasama membangunkan Zon Bebas Port Dickson (PDFZ) di Pasir Panjang, Port Dickson dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) melebihi RM1 bilion.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Pengeluar minyak sawit Malaysia perlu mempergiat usaha untuk melindung nilai dan mempelbagaikan aktiviti hiliran bagi mengurangkan risiko turun naik harga secara mendadak, kata ketua ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah mengadakan perbincangan dengan syarikat terkemuka Intel berkenaan dengan perancangan pelaburan semula dan pengembangan operasinya di Malaysia.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Rakuten Trade Sdn Bhd menyemak semula sasaran akhir tahunnya bagi FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kepada 1,630 daripada unjuran awal 1,730, sejajar dengan penurunan pendapatan korporat baru-baru ini.
7bulan ago
ISKANDAR PUTERI, 19 Jun (Bernama) -- Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia-Johor (IMFC-J) menerima sejumlah 439 pertanyaan berkaitan pelaburan dalam masa hanya lima bulan sejak pelancarannya pada Februari tahun ini.
7bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed, Durratul Ain Ahmad Fuad, Zufazlin Baharuddin dan Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Di tengah-tengah lonjakan harga minyak akibat konflik Israel dan Iran, persidangan Energy Asia 2025 yang baru berakhir ini mencapai kata sepakat bahawa minyak dan gas kekal menjadi elemen penting kepada campuran tenaga global semasa krisis.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Dagang NeXchange Bhd (DNeX), melalui anak syarikatnya Innovation Associates Consulting Sdn Bhd (IAC), meraih kontrak bernilai RM103.76 juta daripada Kementerian Kewangan (MoF).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Seiring mobiliti bandar yang semakin tidak mampan di tengah-tengah senario pertambahan penduduk dan pelepasan karbon, mendorong Prasarana Malaysia Bhd menanganinya dengan menumpukan pembangunan berorientasikan transit (TOD) merangkumi ruang kediaman, komersial dan kemudahan sivik yang berhampiran dengan hab pengangkutan awam.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) merancang untuk menjadikan program literasi kewangannya, yang dikenali sebagai Rangkaian Pendidikan Kewangan (FEN) Proaktif mandatori kepada belia.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menyambut baik langkah rasionalisasi subsidi petrol sambil menegaskan bahawa subsidi itu adalah tidak mampan, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.