Terdapat 1361 berita berdasarkan kata kunci carian " pengurusan"

AICB Gesa Kerjasama Rentas Sempadan Lebih Kukuh Untuk Perangi Peningkatan Kadar Jenayah Kewangan

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kadar jenayah kewangan yang meningkat menggariskan keperluan mendesak untuk kerjasama rentas sempadan dan seluruh ekosistem bagi menangani ancaman itu, kata Asian Institute of Chartered Bankers (AICB).

Bursa Malaysia, AmInvest Lancar Dana ETF FTSE4Good Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dan AmInvest hari ini melancarkan dana dagangan bursa (ETF) FTSE4Good Bursa Malaysia yang pertama dan satu-satunya di negara ini yang memenuhi kriteria pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI).

Portfolio Sukuk Jangka Pendek IILM Catat Paras Tertinggi Baharu US$6.2 Bilion

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Portfolio Sukuk jangka pendek tertunggak Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) mencapai paras rekod baharu sebanyak US$6.2 bilion (US$1=RM4.20).

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah pada Selasa selepas China memotong insentif cukai ke atas pembelian barang kemas runcit pada hujung minggu sebelum ini, kata rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes.

ECRL Capai Kemajuan 88 Peratus Melalui Penyiapan Segmen C1B

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) — Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah mencapai kemajuan 88.08 peratus berikutan penyiapan Segmen C1B, yang menandakan kejayaan fasa awal kerja-kerja awam di sepanjang penjajaran dari Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak.

LPPSA Peroleh Pembiayaan RM1 Bilion Daripada HSBC Amanah Bagi Perumahan Penjawat Awam

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) telah memperoleh pembiayaan berjumlah RM1 bilion daripada HSBC Amanah Malaysia Bhd bagi menawarkan pembiayaan perumahan khusus untuk penjawat awam.

Harga MSM Dijangka Didagangkan Antara RM4,300 Hingga RM4,600 Suku Pertama 2026

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka didagangkan antara RM4,300 hingga RM4,600 satu tan menjelang separuh pertama 2026, dengan kecenderungan menaik pada awal tahun depan berikutan pemulihan dalam pengeluaran selain kejelasan dasar yang bertambah baik.

Kementerian Digital Teliti Komponen Utama Bagi Dasar, Hala Tuju Pembangunan Blockchain

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kementerian Digital sedang meneliti komponen utama yang diperlukan dalam pembangunan dasar dan hala tuju blockchain negara.

Che Abdul Khalid Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Baharu Bina Darulaman

ALOR SETAR, 2 Nov (Bernama) -- Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) hari ini mengumumkan pelantikan Che Abdul Khalid Md Din sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BDB yang baharu berkuat kuasa mulai 1 November, 2025. 

Kontrak Niaga Hadapan Emas Dijangka Catat Prestasi Tinggi, Didorong Belian Bank Pusat

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan tinggi minggu depan, disokong oleh pembelian berterusan oleh kalangan bank pusat global walaupun harga tinggi.

Aset Rizab Malaysia Pada US$123.6 Bilion Setakat Akhir September 2025 - BNM

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Aset rizab antarabangsa Malaysia berada pada US$123.6 bilion (US$1= RM4.19) pada akhir September 2025, meningkat daripada US$122.68 bilion pada akhir Ogos 2025, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

EWI Capital Labur A$100 Juta Dalam Dana Pejabat Australia

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh EWI Capital Bhd, EWI Investment Holdings Ltd telah membuat peralihan strategik ke arah pemegangan pelaburan dengan komitmen sebanyak A$ 100 juta (RM276.5 juta) sebagai pelabur utama dalam Dana Pejabat Austarlia TrustCapital No 3 (Dana).