BERITA TERKINI   Tiga pusat membeli-belah dikenal pasti sebagai hab pengangkutan awam bas ekspres laluan KL–Singapura - Loke | APG 2025: Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin raih emas pertama Malaysia dalam ujian masa berbasikal lebuh raya individu | Dasar Industri Pertahanan Negara tumpu pemantapan ekosistem, rantaian bekalan, daya saing global dan eksport - PM Anwar | APG 2025: Skuad bola keranjang kerusi roda 3x3 lelaki negara raih pingat pertama kontinjen Malaysia, menang pingat gangsa | Dasar Industri Pertahanan Negara langkah strategik bangunkan industri pertahanan tempatan, kurangkan kebergantungan pihak luar - Mohamed Khaled | 

Kontrak Niaga Hadapan Emas Dijangka Catat Prestasi Tinggi, Didorong Belian Bank Pusat

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan tinggi minggu depan, disokong oleh pembelian berterusan oleh kalangan bank pusat global walaupun harga tinggi.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata bank pusat terus meningkatkan rizab emas masing-masing sepanjang tempoh suku ketiga, menunjukkan ketidaktentuan politik dan ekonomi yang berterusan menjadikan logam berharga itu kekal sebagai pelindung nilai strategik.

“Tindakan itu mencerminkan corak ‘peningkatan yang perlahan namun stabil, sebaliknya penurunan yang cepat dan ketara’, lazimnya apabila pasaran dipaksa untuk menyesuai dengan jangkaan pada masa sebenar,” katanya kepada Bernama.

Berdasarkan Jumaat ke Jumaat, kontrak bagi serahan Oktober 2025 susut kepada US$4,005.80 per auns troy daripada US$4,074.10 pada Jumaat minggu lepas, November 2025 turun kepada US$4,022 per auns troy daripada US$4,090.80 manakala Disember 2025 berkurangan kepada US$4,039.30 per auns troy daripada US$4,107.40 minggu lepas.

Januari 2026 pula menguncup kepada US$4,056.30 per auns troy daripada US$4,124.40 pada Jumaat lepas manakala Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 masing-masing susut kepada US$4,072.20 per auns troy daripada US$4,140.30.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 1,953 lot daripada 1,798 lot pada minggu lepas manakala kepentingan terbuka turun kepada 300 kontrak daripada 346 kontrak.

Harga emas fizikal pula pada US$3,994.15 per auns troy berdasarkan penetapan petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 30 Okt, 2025.

-- BERNAMA