4bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) sektor automotif Malaysia mencatatkan peningkatan sebanyak 4.2 peratus kepada 73,041 unit pada Ogos daripada 70,101 unit pada Julai, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- CIMB Investment Bank Bhd mengunjurkan defisit belanjawan sebanyak 3.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 2026 dengan hasil kerajaan meningkat sebanyak empat peratus kepada RM353.3 bilion pada tahun yang sama.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) – Industri perkapalan Malaysia dijangka kekal positif dan berada dalam kedudukan baik untuk meraih manfaat daripada daripada pelbagai usaha penyusunan dan penjajaran semula rantaian bekalan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2026 dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 Oktober depan dijangka akan terus memfokuskan pada penyatuan fiskal walaupun menghadapi masalah luaran, kata OCBC Bank.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) berharap kerajaan tidak akan memperkenalkan cukai tambahan ke atas industri pembuatan semasa pembentangan Belanjawan 2026.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah menerima lebih daripada 40 cadangan inisiatif daripada pihak industri bagi Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan pada bulan depan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menjangka Belanjawan 2026 terus memberi tumpuan kepada meningkatkan pemilikan rumah bagi pembeli kali pertama, dengan insentif termasuk pengecualian duti setem dan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) bagi menyokong kumpulan berpendapatan rendah hingga sederhana.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV) menyasarkan pembiayaan diluluskan sebanyak RM300 juta untuk projek peralihan tenaga di bawah Fasiliti Peralihan Tenaga Negara (NETF) pada akhir 2025.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) telah menyemak semula unjuran 2025 bagi kadar hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) 10 tahun untuk mengakhiri tahun pada sekitar 3.40 peratus, berikutan pemotongan kadar dasar semalaman (OPR) baru-baru ini.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Syarikat produk tenusu yang beribu pejabat di Johor, Farm Fresh Bhd berharap Belanjawan 2026 akan mengekalkan pendanaan bagi menyokong perbelanjaan isi rumah untuk barangan keperluan di samping menyelesaikan dasar berkaitan kesihatan seperti cukai gula.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Tadbir urus yang baik harus dilihat sebagai aset strategik, ia merupakan tonggak kredibiliti dalam pasaran kewangan seterusnya menjadi daya tarikan untuk pelaburan dan memberi jaminan bahawa kemajuan akan dikongsi secara adil, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Kerajaan mahu pelajar dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dilatih di negara ini memenuhi keperluan industri sekali gus menggalakkan industri menggunakan tenaga tempatan berkemahiran.