4bulan ago
TIANJIN (China), 1 Sept (Bernama) -- Syarikat konglomerat China terkemuka, Rianlon Corporation menyatakan komitmen untuk melabur sebanyak RM820 juta bagi membangunkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Johor.
4bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025 telah melepasi sasaran awalnya iaitu 2,300 reruai dengan lebih 2,380 gerai telah disahkan dari 45 negara, mencerminkan permintaan global yang kukuh untuk peluang perdagangan halal.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia sebanyak 4.4 peratus pada suku kedua 2025 tercapai berikutan kerajaan mengambil pendekatan pemusatan dalam persekitaran keadaan geopolitik dan ekonomi yang tidak menentu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Kerajaan sedang menggubal Akta berkaitan Syarikat Milik Kerajaan (SOE) bagi memperkukuh tadbir urus korporat, meningkatkan akauntabiliti dan mengoptimumkan prestasi, kata Kementerian Kewangan (MOF).
4bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Persidangan Dewan Rakyat yang menutup tirai bagi Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-15 pada Khamis selepas bersidang selama 24 hari terus mencerminkan komitmen kerajaan MADANI.
4bulan ago
PUTRAJAYA, 29 Ogos (Bernama) -- Kerajaan menetapkan supaya kadar Caj Akses Sistem (SAC) dan Caj Akses Komuniti (CAC) untuk Tempoh Regulatori Ke-4 diselaraskan, seiring dengan pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu yang lebih telus dan progresif.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk menjadi antara 20 ekonomi teratas dalam bidang kecerdasan buatan (AI) di dunia menjelang 2030 melalui Pelan Hala Tuju AI Negara 2021-2025 dengan sumbangan melebihi RM60 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan Malaysia tersenarai dalam kelompok 12 negara paling berdaya saing dunia menjelang 2030, selaras dengan sasaran di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Rang Undang-undang (RUU) Perolehan Kerajaan (PK) 2025 sama sekali tidak menambah kuasa, sebaliknya mengehadkan kuasa Menteri Kewangan dengan memperkenalkan mekanisme semak dan imbang yang lebih kukuh.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Kerajaan tidak pernah meminggirkan mana-mana negeri dalam pelaksanaan projek pembangunan di bawah Kerangka Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Rang Undang-undang (RUU) Perolehan Kerajaan 2025 akan membawa Malaysia lebih dekat dengan piawaian antarabangsa dalam perolehan awam termasuk prinsip ketelusan, persaingan terbuka, layanan adil dan integriti sebagaimana digariskan dalam UNCITRAL Model Law on Public Procurement 2011.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Kerajaan komited meneruskan inisiatif pembaharuan fiskal termasuk Strategi Hasil Jangka Sederhana (MTRS) untuk menambah baik kutipan hasil dan semakan semula perbelanjaan awam bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan perbelanjaan.