Terdapat 10924 berita berdasarkan kata kunci carian "us"

Kementerian Digital Tumpu Enam Bidang Pacu Transformasi Digital - Gobind

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Kementerian Digital memberi tumpuan kepada enam bidang berimpak tinggi bagi mempercepatkan transformasi digital serta memacu agenda digital negara pada separuh pertama tahun ini.

Getah Ditutup Lebih Tinggi Menjejaki Niaga Hadapan Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi, disokong oleh kenaikan dalam niaga hadapan getah serantau di tengah-tengah kebimbangan terhadap pengeluaran yang lebih rendah di negara pengeluar getah asli utama, kata seorang peniaga.

Melaka Terima Pelaburan Lebih RM9 Bilion Bangunkan Pusat Data AI Di Jasin

MELAKA, 4 Feb (Bernama) -- Melaka bakal menerima pelaburan lebih RM9 bilion bagi membangunkan pusat data berteraskan kecerdasan buatan (AI) yang pertama di negeri itu.

Pengiraan Defisit Fiskal Berdasarkan Piawaian Antarabangsa - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Pengiraan defisit fiskal kerajaan tidak wajar dipersoalkan kerana pelaporan diguna pakai berdasarkan piawaian antarabangsa dan diterima pakai agensi penarafan kredit dan badan dunia.

Malaysia Terus Teroka Peluang Perdagangan Baharu Dengan Negara Berpotensi - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Malaysia akan terus meneroka peluang pasaran dan perdagangan baharu secara agresif dengan kalangan negara berpotensi di samping mengekalkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS) dan China, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hampir 1 Bilion e-Invois Dikeluarkan Setakat 4 Feb – Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Sekitar 981 juta e-Invois telah dikeluarkan setakat 4 Feb 2026, menunjukkan penggunaan sistem berkenaan secara meluas dalam kalangan pembayar cukai di seluruh negara.

Kerajaan Selesai Bayar Balik Lebihan Cukai RM22.45 Bilion Pada 2025, Tertinggi Dalam Lima Tahun

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Kerajaan telah menyelesaikan bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM22.45 bilion pada 2025, tertinggi dalam tempoh lima tahun, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

KAF Digital Bank Lantik Suzaini Mukhtar Sebagai CEO

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- KAF Digital Bank Bhd mengumumkan pelantikan Suzaini Mukhtar sebagai ketua pegawai eksekutifnya (CEO) berkuat kuasa 1 Feb, 2026.

Nomura Lihat Tinjauan Optimistik Bagi Ekuiti Malaysia Di Tengah-tengah Pengukuhan Ringgit

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Tinjauan pasaran ekuiti Malaysia kekal optimistik, mencerminkan pengukuhan ringgit, kata firma pengurusan aset global, Nomura Asset Management.

Kerajaan Jangka Defisit Fiskal Susut Kepada 3.5 Peratus Tahun Ini - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Defisit fiskal dijangka terus turun kepada 3.5 peratus berdasarkan Belanjawan 2026, hampir mencapai sasaran jangka masa sederhana 3.0 peratus mengikut Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) 2023, sekali gus mencerminkan disiplin fiskal yang semakin kukuh.

Public Gold ATM Bekerjasama Dengan Firma Dubai Perluas Rangkaian ATM Emas Global

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Public Gold Marketing Sdn Bhd (Public Gold) memeterai kerjasama strategik dengan dua syarikat berpangkalan di Dubai, MAH Gold and Jewellery LLC dan ComTech Gold bagi memperluaskan operasi rangkaian Public Gold ATM ke peringkat global.

Unit Binastra Peroleh Kontrak Pembangunan Pusat Data RM503 Juta Di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Binastra Corporation Bhd, Binastra Builders Sdn Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM503 juta daripada Exsim Sri Permai Sdn Bhd bagi cadangan pembangunan sebuah pusat data di Jalan Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.