BERITA TERKINI   Kerajaan galak pemilik EV memasang pengecas di kediaman kerana kos pengecasan jauh lebih murah - Johari | Pembangunan infrastruktur pengecas EV menghadapi cabaran kos pemasangan yang tinggi sehingga RM210,000 terutama pengecas DC - Johari | Sebanyak 5,624 pengecas awam EV dipasang hingga 31 Dis, 2025, mencapai 56 peratus daripada sasaran keseluruhan - Johari | Ketika Parlimen bersedia untuk mempertimbangkan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara, peralihan itu akan teratur, berasaskan bukti dan berpaksikan kepentingan negara - PM Anwar | Pengukuhan ringgit mencerminkan keyakinan terhadap institusi, hala tuju dasar dan kepercayaan bahawa negara ditadbir dengan disiplin dan matlamat yang jelas - PM Anwar | 

Getah Ditutup Lebih Tinggi Menjejaki Niaga Hadapan Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi, disokong oleh kenaikan dalam niaga hadapan getah serantau di tengah-tengah kebimbangan terhadap pengeluaran yang lebih rendah di negara pengeluar getah asli utama, kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran terus diperkukuh oleh data ekonomi yang menggalakkan dari China.

"Bagaimanapun, potensi kenaikan selanjutnya dihadkan oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), situasi tidak menentu geopolitik yang berterusan dan kedudukan pasaran yang berhati-hati susulan ketidaktentuan mengenai kepimpinan baharu Rizab Persekutuan (Fed) AS," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, para peniaga berkata pengeluaran getah yang lebih rendah dalam kalangan pengeluar utama juga menyokong harga getah.

Beliau berkata tanaman getah biasanya mengalami musim pengeluaran rendah dari Februari hingga Mei sebelum memasuki tempoh puncak penuaian yang berlangsung sehingga September.

Pada 3 petang, Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) naik 1.5 sen kepada 756 sen sekilogram manakala lateks pukal menokok setengah sen kepada 576.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA