Terdapat 7123 berita berdasarkan kata kunci carian "sara"

CGC Lantik Dua Pengarah Bukan Eksekutif Bebas

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) telah melantik Zaida Khalida Shaari dan Rohan Krishnalingam sebagai pengarah bukan eksekutif bebas baharunya, masing-masing berkuat kuasa 1 Jan serta 20 Jan 2026.

Pasaran Automotif Malaysia Kekal Kukuh Pada 2025, TIV Cecah 820,752 Unit -- MAA

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Pasaran automotif Malaysia berjaya mengekalkan momentum kukuhnya pada 2025, melangkaui nilai ambang 800,000 unit untuk tahun kedua berturut-turut dengan jualan keseluruhan industri (TIV) meningkat 0.5 peratus kepada 820,752 daripada 816,747 unit, tahun lepas.

Labuan FSA umum Barisan Anggota Lembaga Bagi Tempoh 2026-2028, Dengan Dua Muka Baharu

LABUAN, 20 Jan (Bernama) -- Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) mengumumkan pelantikan dua anggota lembaga baharu serta pelantikan semula empat anggota sedia ada bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai 15 Jan, 2026 hingga 14 Jan, 2028.

SBS Nexus Dibuka Tidak Berubah Kepada 25 Sen Ketika Mula Disenarai Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Syarikat penjenamaan dan pemasaran SBS Nexus Bhd mula disenaraikan tidak berubah di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 25 sen sesaham.

AHAM Capital Agih Pendapatan RM1.39 Bilion Merangkumi 84 Dana Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- AHAM Asset Management Bhd (AHAM Capital) mengisytiharkan agihan pendapatan sebanyak RM1.39 bilion bagi tahun kewangan 2025 merangkumi 84 dana borong dan runcit.

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 4.0-4.20 Tahun Ini - Penganalisis

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) --Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran 4.0-4.20 berbanding dolar AS tahun ini, disokong oleh struktur akaun luaran Malaysia yang bertambah baik walaupun peningkatannya masih dikekang oleh aliran keluar portfolio global dan dolar yang lebih kukuh.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari disebabkan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran sentimen serantau yang bercampur-campur.

Inflasi Malaysia Meningkat 1.6 Peratus Pada Disember 2025 - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Disember 2025 dengan mata indeks mencatatkan 135.5 berbanding 133.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Strategi Diplomasi Perdagangan Dilaksanakan Bagi Tangani Diskriminasi - Noraini

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Kerajaan mengamalkan strategi diplomasi perdagangan yang dinamik untuk menyesuaikan pendekatan mengikut keperluan pasaran utama bagi menangani sebarang bentuk diskriminasi. 

Malaysia Catat Jumlah Perdagangan RM3 Trilion Pada 2025, Tertinggi Dalam Sejarah - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan mengumumkan jumlah perdagangan Malaysia bagi tahun 2025 yang tertinggi dalam sejarah hari ini, sekali gus mencatatkan satu lagi pencapaian penting ekonomi negara.  

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Menjejaki Kelempaban Soya Di CBOT

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki kelembapan dalam pasaran minyak kacang soya Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), menurut seorang peniaga.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi seiring dengan kenaikan di pasaran COMEX Amerika Syarikat.