1hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada awal dagangan hari ini selepas mencatat paras tertinggi dalam tempoh melebihi enam tahun, dipengaruhi oleh sentimen negatif susulan prestasi semalaman Wall Street walaupun indeks penanda aras melebihi paras 1,700.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dijangka menerima pelbagai pelaburan berpotensi dalam pelbagai sektor tahun ini, dan bukan sahaja tertumpu kepada pusat data.
2hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup kukuh melonjak kepada 1,708.20, paras tertingginya dalam tempoh lebih enam tahun, disokong oleh sentimen serantau yang positif susulan kenaikan di Wall Street dan minat belian asing yang berterusan.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) Malaysia pada 2026 diunjurkan berkurangan kepada 19.50 juta tan hingga 19.80 juta tan metrik berbanding 20.28 juta tan yang dicatatkan pada 2025, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
2hari ago
KUCHING, 13 Jan (Bernama) -- Sarawak akan memperkenalkan levi karbon ke atas kemudahan dalam sektor minyak, gas dan tenaga pada tahun ini, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini dengan mengekalkan momentum peningkatannya, didorong oleh belian berterusan dalam kaunter perkhidmatan kewangan dan berkaitan pengguna.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Pelaburan diperlukan oleh negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk melaksanakan strategi rendah karbon adalah purata 1.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan meningkat kepada lebih 5.0 peratus bagi negara berpendapatan rendah, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Adnan Zaylani Mohamad Zahid hari ini.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Aktiviti utama dalam pasaran hartanah Malaysia kini tidak lagi memberikan gambaran lengkap mengenai dinamik pasaran yang mendasarinya.
3hari ago
KUALA LUMPUR, Jan 12 (Bernama) -- Favelle Favco Bhd merancang untuk mengambil alih Seram Industries SAS yang berpangkalan di Perancis dengan janji niaga bernilai sehingga RM47.45 juta.
3hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS hari ini apabila kebimbangan berhubung ura-ura pentadbiran bebas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) telah menjejaskan dolar Amerika.
3hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkat apabila ditutup pada paras tertinggi baharu dalam tempoh enam tahun hari ini, disokong oleh minat belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi dan perladangan, seiring dengan prestasi kukuh pasaran serantau.