5hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan mencatat peningkatan kecil ketika pelabur berpendirian berhati-hati menjelang jangkaan aliran Tahun Baharu Cina manakala perkembangan berkaitan Venezuela memberi impak kecil terhadap sentimen tempatan.
7hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada hari dagangan pertama 2026 selepas terjejas oleh kebimbangan terhadap permintaan yang lemah dalam beberapa minggu akan datang.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih kukuh pada awal dagangan 2026, menjejaki keuntungan yang lebih kukuh di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).
7hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Ringgit meningkat semula dari hari terakhir 2025 untuk ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada hari dagangan pertama 2026, disokong oleh sentimen positif hasil pengumuman data ekonomi domestik yang memberangsangkan.
7hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah pada hari pertama urus niaga tahun 2026 di tengah-tengah jumlah dagangan yang perlahan berikutan penutupan pasaran niaga hadapan getah Jepun dan Shanghai, kata seorang peniaga.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Ekonomi Singapura mencatat pertumbuhan sebanyak 5.7 peratus bagi tahun ke tahun pada suku keempat 2025 yang merupakan lanjutan pertumbuhan 4.3 peratus pada suku sebelumnya, demikian menurut anggaran awal Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (MTI) republik itu.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kebanyakannya diniagakan rendah pada sesi awal hari ini.
8hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga 2026 dengan lebih rendah, menjejaki kesuraman Wall Street serta di tengah-tengah sentimen berhati-hati berikutan tiada pemangkin baharu.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Ringgit lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari pertama urus niaga 2026 hari ini, ketika mata wang negara maju itu susut nilai diasak jangkaan Rizab Persekutuan AS akan terus melakukan penurunan kadar faedah dalam tahun ini.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada hari dagangan terakhir 2025, menjejaki prestasi lemah di Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat (COMEX AS).
9hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari terakhir 2025 diasak oleh aktiviti pengambilan untung, namun kekal melakar prestasi sebagai antara mata wang berprestasi terbaik rantau ini bagi 2025.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya lebih rendah pada Rabu, menjejaki pasaran tunai pendasar.