Terdapat 4592 berita berdasarkan kata kunci carian " str"

ADB, Jepun Lancar Inisiatif ACCEL Bagi Perkukuh Keselamatan Tenaga Berikutan Kenaikan Harga

KUALA LUMPUR, 4 Mei  (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Jepun memulakan Tindakan untuk Mewujudkan Keselamatan Tenaga bagi Daya Tahan Jangka Panjang (ACCEL), sebuah inisiatif bersama yang menyokong negara dan perniagaan di Asia dan Pasifik menghadapi kenaikan harga tenaga.

Standard Chartered Malaysia Lantik Mushahid Syed Sebagai CEO Interim, Ketua Liputan Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Standard Chartered Malaysia melantik Mushahid Syed sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) interim dan ketua liputan bagi Malaysia berkuat kuasa 8 Mei, 2026 bagi menggantikan Mak Joon Nien yang akan beralih ke kerjaya baharu.

Bursa Malaysia Ditutup Tertinggi Intra Hari Disokong Belian Merentas Sektor

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari susulan pembelian merentas sektor, mencerminkan sentimen yang semakin baik dalam pasaran tempatan, kata penganalisis.

Industri Lada Negara Terus Berkembang, Sumbang RM2.27 Bilion Pada 2025

KUCHING, 4 Mei (Bernama) -- Industri lada negara menunjukkan perkembangan positif apabila menyumbang sekitar RM2.27 bilion tahun lepas, berbanding RM2.24 bilion pada 2024, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

LPA, MIMA Meterai MoU Bagi Perkukuh Kerjasama Maritim

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 4 Mei (Bernama) -- Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Institut Maritim Malaysia (MIMA) dalam usaha memperkukuhkan kerjasama, perkongsian pengetahuan dan kerjasama strategik dalam sektor maritim. 

Bank Muamalat Lancar Pelan ASB Smart Education

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd (Bank Muamalat) hari ini melancarkan pelan ASB Smart Education, sekali gus menjadi institusi kewangan pertama dalam kalangan ejen Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) yang menawarkan penyelesaian pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB) berfokuskan pendidikan.

UZMA, MARA Muktamad Kerjasama Strategik Bagi Perkasa Industri, Pembangunan Bakat

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Uzma Bhd menjalin kerjasama strategik dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mewujudkan platform supaya kedua-dua pihak dapat bekerjasama dalam dua bidang utama iaitu perniagaan dan pembangunan keupayaan.

Malaysia Perlu Lonjak Kewangan Hijau, Perkukuh Teknologi Untuk Daya Saing Global – Bank Dunia

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Malaysia perlu memperluas pembiayaan hijau, memperkukuh keupayaan teknologi tempatan serta meningkatkan penyertaan merentas sektor dan wilayah bagi memanfaatkan sepenuhnya peralihan global ke arah kemampanan, sekali gus menjadikan risiko iklim sebagai kelebihan daya saing dalam rantaian nilai hijau.

Sektor Agrikomoditi Pada Fasa Transformasi Kritikal - Noraini

KUCHING, 4 Mei (Bernama) -- Sektor agrikomoditi negara kini memasuki fasa transformasi kritikal dengan peralihan ke arah penggunaan teknologi moden, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Perbadanan Labuan Akan Tumpu Usaha Niaga Perniagaan Pacu Pertumbuhan Mampan

LABUAN, 4 Mei  (Bernama) -- Perbadanan Labuan (LC) sedang mempergiat usaha untuk mengambil bahagian secara langsung dalam usaha niaga permodalan aset, sebagai sebahagian daripada strategi yang lebih luas untuk mencapai kemampanan kewangan jangka panjang dan mengurangkan kebergantungan kepada geran kerajaan.

Krisis Bekalan Global: Keyakinan Pelabur Terhadap Johor Kekal Kukuh - Onn Hafiz

ISKANDAR PUTERI, 4 Mei (Bernama) -- Keyakinan pelabur terhadap Johor kekal kukuh meskipun negara sedang berdepan cabaran besar dengan krisis bekalan global, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada hari dagangan pertama Mei, disokong oleh aliran masuk asing bersih yang berterusan dan diperkukuh oleh tinjauan positif Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terhadap prospek ekonomi Malaysia.