4hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, disokong oleh kelemahan sederhana dolar, namun ketidaktentuan geopolitik yang berterusan serta harga minyak yang tinggi mengehadkan kenaikan.
5hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Penggubal dasar berkemungkinan menilai keadaan terlebih dahulu sebelum menaikkan kadar faedah bagi mengekang inflasi yang berpunca daripada kesan konflik di Asia Barat serta lonjakan harga minyak, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
5hari ago
ISKANDAR PUTERI, 14 Mac (Bernama) -- Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Cheah Fah melancarkan fasa kedua pengembangannya, susulan sumbangan RM23 juta daripada Kumpulan Sunway (Sunway), bagi menampung peningkatan pendaftaran pelajar seiring dengan pembangunan di koridor selatan Johor.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan ditutup pada Jumaat dan Sabtu (20 dan 21 Mac) sempena cuti umum Aidilfitri, tertakluk kepada pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
6hari ago
Oleh Voon Miaw Ping
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Ketegangan keselamatan maritim di Selat Hormuz susulan konflik ketenteraan Amerika Syarikat (AS)-Israel dan Iran yang kian meruncing, meletakkan laluan air strategik itu di bawah pengawasan ketat antarabangsa.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) akan meneruskan rundingan pusingan keempat bagi Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) pada Jun 2026, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
6hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Scientex Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM135.18 juta pada suku kedua berakhir 31 Jan 2026 berbanding RM123.95 juta pada suku yang sama tahun kewangan 2025.
6hari ago
PETALING JAYA, 13 Mac (Bernama) -- Konflik geopolitik global dijangka memberi kesan sederhana terhadap sektor pembangunan hartanah dan pembinaan Malaysia pada 2026, menurut tinjauan awal Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda).
6hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Sektor perbankan terus menawarkan ciri-ciri daya tahan dan kekal dilindungi dengan baik walaupun terdapat ketidaktentuan geopolitik yang meningkat, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada dagangan tengah hari Jumaat di bawah paras psikologi 1,700, menjejaki prestasi suram kebanyakan pasaran serantau apabila sentimen terus dijejaskan oleh lonjakan harga minyak, termasuk Brent melebihi US$100 setong.
7hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, seiring dengan penurunan Wall Street semalaman selepas pemimpin tertinggi baharu Iran memberi isyarat bahawa Selat Hormuz akan terus ditutup.
7hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, meneruskan kenaikan untuk satu hari lagi di tengah-tengah kenaikan harga minyak mentah.