BERITA TERKINI   Ringgit susut kepada 3.9620/9670 berbanding dolar AS daripada 3.9530/9585 pada Selasa | MIC kekal bersama Barisan Nasional, tidak sertai Perikatan susulan perubahan kepimpinan - Saravanan | JPA diarah rangka program tingkat profesionalisme PDRM, kebajikan jadi keutamaan termasuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi - PM Anwar | Kerajaan beri jaminan tidak campur tangan dalam tugas PDRM, akan beri dorongan untuk bertindak terus dengan berani - PM Anwar | Perolehan KDN yang dibekukan sebelum ini kini dilepaskan semula - PM Anwar | 

Bursa Malaysia, Anak Syarikat Tutup Sempena Cuti Aidilfitri

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan ditutup pada Jumaat dan Sabtu (20 dan 21 Mac) sempena cuti umum Aidilfitri, tertakluk kepada pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Dalam kenyataan hari ini, pengendali bursa itu memaklumkan kedua-dua pasaran sekuriti dan derivatif akan beropersi semula pada Isnin (23 Mac), jika hari pertama Aidilfitri jatuh pada 20 Mac dan hari kedua pada 21 Mac.

Menurutnya, sekiranya hari pertama Aidilfitri jatuh pada 21 Mac (Sabtu) dan hari kedua pada 22 Mac (Ahad), Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan ditutup pada 23 Mac (Isnin) dan menyambung semula operasi pada 24 Mac (Selasa).

“Pasaran sekuriti dan derivatif akan beroperasi seperti biasa pada 19 dan 20 Mac (Khamis dan Jumaat) mengikut waktu dagangan normal.

“Bagaimanapun, tiada sesi dagangan malam T+1 Night Trading bagi pasaran derivatif pada tarikh tersebut,” menurut pengendali bursa itu.

Sementara itu, Bursa Malaysia memaklumkan pasaran utama Bursa Gold Dinar dan Bursa Suq Al-Sila’ akan kekal dibuka untuk dagangan sepanjang cuti umum berkenaan.

-- BERNAMA