BERITA TERKINI   Sokongan padu kepada bidang sukan negara pastikan selaras kemajuan ekonomi, intelek - PM Anwar | 

Terdapat 20 berita berdasarkan kata kunci carian " penutupan kerajaan as"

Ringgit Ditutup Tinggi Hari Keempat Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Khamis berikutan penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang bermula hari ini telah menjejaskan dolar AS, kata penganalisis.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur pada Khamis, seiring dengan prestasi niaga hadapan getah serantau dan harga minyak yang stabil dalam kebimbangan mengenai bekalan disebabkan musim hujan di negara-negara pengeluar utama, kata peniaga.

Bursa Malaysia Buka Tinggi, Pelabur Tidak Terganggu Dengan Penutupan Kerajaan AS

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkat untuk dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki kenaikan di Wall Street, apabila sebahagian besar pelabur tidak mengendahkan penutupan perkhidmatan kerajaan Amerika Syarikat (AS) dengan harapan keadaan itu hanya bersifat sementara, kata penganalisis.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Didorong Minat Belian, Kerajaan AS Tutup

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, disokong minat belian berterusan terhadap mata wang tempatan berikutan penutupan kerajaan AS buat kali pertama dalam tempoh hampir tujuh tahun.

Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal Seiring Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih tinggi, menjejaki prestasi semalaman Wall Street walaupun awal urus niaganya tidak menentu ketika sebahagian besar peniaga mengetepikan kebimbangan mengenai kemungkinan penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Jangkaan Kerajaan AS Tutup, Kadar Faedah Turun Pacu Ringgit Dibuka Mengukuh

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) ‒ Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga hari ini, didorong kebimbangan mengenai kemungkinan penutupan kerajaan negara maju itu yang hanya melemahkan lagi mata wangnya.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini susulan aktiviti belian semasa harga murah, menjejaki sentimen positif daripada prestasi semalaman Wall Street, kata seorang penganalisis.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Kembimbangan Penutupan Kerajaan AS

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) --  Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US, disokong oleh kebimbangan bahawa penutupan operasi kerajaaan Amerika Syarikat (AS) mungkin akan berlaku dan mempengaruhi mata wang AS, kata seorang penganalisis.