BERITA TERKINI   Belanjawan Sabah 2026: Penjawat awam negeri terima Bantuan Khas Kewangan sebulan gaji atau minimum RM2,000 - Masidi | Belanjawan Sabah 2026 catat belanjawan lebihan RM28 juta – Masidi Manjun | Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan negeri Datuk Seri Masidi Manjun bentang Belanjawan Sabah 2026 berjumlah RM6.402 bilion | Sukan SEA 2025: Gimnas negara Muhammad Sharul Aimy Kamaru Hisam menang pingat emas acara melombol lelaki | Sukan SEA 2025: Malaysia raih pingat emas keenam menerusi atlet karate wanita negara C.Shahmalarani dalam acara kumite wanita bawah 50 kilogram | 

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Kembimbangan Penutupan Kerajaan AS

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) --  Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US, disokong oleh kebimbangan bahawa penutupan operasi kerajaaan Amerika Syarikat (AS) mungkin akan berlaku dan mempengaruhi mata wang AS, kata seorang penganalisis.

Laporan menunjukkan bahawa kerajaan persekutuan AS berada di ambang penutupan melainkan Kongres AS mencapai persetujuan mengenai pembiayaan sebelum permulaan tahun fiskal baharu pada 1 Oktober depan.

Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.2125/2210 berbanding dolar US daripada 4.2150/2200 ketika ditutup pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata berkata penutupan kerajaan AS akan memberi kesan ketara kerana ia boleh menjejaskan peranan agensi utama seperti Biro Perangkaan Buruh.

Beliau berkata mengeluarkan data penting seperti laporan gaji bukan ladang (NFP) yang akan dibayar pada hari Jumaat ini mungkin ditangguhkan.

"Sekiranya ia penutupan kerajaan AS berlaku, ia akan mengakibatkan kesukaran untuk mengenal pasti trend terkini dalam pasaran buruh AS ketika Rizab Persekutuan (Fed) AS telah menekankan peningkatan risiko penurunan kepada pekerjaan," katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata Indeks Dolar AS (DXY) turun kira-kira 0.25 peratus kepada 97.906 mata.

Beliau berkata ringgit yang naik 0.12 peratus kepada RM4.2175 berbanding dolar US semalam, dijangka diniagakan antara RM4.20 dan RM4.21 hari ini.

"Sekali lagi, ringgit boleh cuba melepasi paras psikologi RM4.20 terutamanya jika Fed AS meneruskan penurunan kadar faedah sekiranya penutupan kerajaan AS berlaku," katanya.

Pada paras pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8340/8399 daripada 2.8365/8400 ketika ditutup pada Isnin, menokok berbanding pound Britain kepada 5.6582/6696 daripada 5.6612/6679 tetapi merosot berbanding euro kepada 4.9404/9504 daripada 4.9387/9446 sebelumnya.

Dalam pada itu, mata wang tempatan kebanyakannya tinggi berbanding mata ASEAN kecualii baht Thailand.

Ia melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.2653/2723 daripada 3.2664/2706, menambah berbanding rupiah Indonesia kepada 252.5/253.1 daripada 252.6/253.1, menokok berbanding peso Filipina kepada 7.24/7.26 daripada 7.25/7.26 sebelum itu, bagaimanapun merosot berbanding baht Thailand kepada 13.0669/1002 daripada 13.0649/0857 sebelum itu.

-- BERNAMA