BERITA TERKINI   FFC x TMTG: Sembilan aktivis Malaysia dijangka tiba di tanah air pada petang Ahad ini - Mohamad Hasan | 9 Rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan FFC, TMTG dibebaskan pada Jumaat, kata Kementerian Luar | Belanjawan 2026: Kerajaan Persekutuan peruntuk RM1.2 bilion, jamin kelangsungan bekalan elektrik di Sabah. | Belanjawan 2026: RM1.67 bilion diperuntukkan tahun hadapan bagi membolehkan Pan Borneo Sabah dapat dilaksana mengikut jadual | Belanjawan 2026: RM1.67 bilion disediakan untuk Pan Borneo Sabah dilaksana mengikut jadual tahun hadapan | 

Jangkaan Kerajaan AS Tutup, Kadar Faedah Turun Pacu Ringgit Dibuka Mengukuh

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) ‒ Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga hari ini, didorong kebimbangan mengenai kemungkinan penutupan kerajaan negara maju itu yang hanya melemahkan lagi mata wangnya.

Setakat jam 8.02 pagi, ringgit berada pada paras 4.1980/2190 berbanding dolar AS daripada 4.2050/2090 di akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kebimbangan berterusan mengenai kemungkinan penutupan kerajaan AS itu juga dijangka memacu sokongan terhadap ringgit berikutan jangkaan kadar faedah lebih rendah hanya melemahkan lagi mata wang negara maju itu.

“Ini mungkin menyaksikan ringgit cuba menembusi paras psikologi RM4.20 selepas ditutup meningkat 0.25 peratus semalam,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, ringgit turut diniagakan lebih mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama.

Berbanding yen Jepun, ringgit mengukuh kepada 2.8348/8491 daripada 2.8420/8447 semalam, naik berbanding pound Britain kepada 5.6417/6699 daripada 5.6532/6586 dan meningkat kepada 4.9251/9497 berbanding euro daripada 4.9405/9452.

Ringgit juga diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Unit tempatan itu naik ke paras 3.2530/2695 daripada 3.2604/2638 berbanding dolar Singapura, mengukuh berbanding rupiah Indonesia pada 251.9/253.2 daripada 252.3/252.6, meningkat berbanding peso Filipina pada 7.21/7.25 daripada 7.22/7.24 sebelumnya dan lebih positif berbanding baht Thailand kepada 12.9265/9963 daripada 12.9744/9927.

-- BERNAMA