BERITA TERKINI   Kira-kira 60 peratus kawasan penyimpanan lori dan minyak enjin lori di Taman Kota Puteri musnah terbakar, tiada mangsa terlibat - Bomba Johor | 

Terdapat 178 berita berdasarkan kata kunci carian " keuntungan bersih"

Genting Plantations Catat Keuntungan Bersih Sebanyak RM61.25 Juta

KUALA LUMPUR, `28 Mei (Bernama) -- Genting Plantations Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM61.25 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 berbanding dengan RM42.83 juta yang direkodkan semasa tempoh yang sama tahun sebelum ini.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia susut daripada kenaikan sebelumnya untuk ditutup rendah hari ini berikutan penjualan lewat dalam persekitaran prestasi bercampur-campur merentasi pasaran serantau.

Untung Bersih Kerjaya Prospek Meningkat Kepada RM46.07 Juta Pada Suku Pertama

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd mencatat keuntungan bersih sebanyak RM46.07 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2025, meningkat daripada RM33.55 juta pada suku pertama tahun lepas.

Axiata Catat Untung Bersih Suku Pertama Lebih Tinggi Kepada RM159.8 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Axiata Group Bhd (Axiata) meningkat kepada RM159.8 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025 (S1 2025) daripada RM60.03 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Keuntungan Bersih Suku Ketiga Hong Leong Financial Group Susut Kepada RM714.12 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih suku ketiga Hong Leong Financial Group Bhd (HLFG) untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025 susut kepada RM714.12 juta berbanding RM818.07 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.

FGV Holdings Kembali Catat Keuntungan, Catat Untung Bersih Suku Pertama RM36.48 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- FGV Holdings Bhd kembali mencatat keuntungan dengan mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM36.48 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2025, berbanding kerugian bersih RM13.50 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Untung Bersih Suku Pertama RHB Bank Naik Kepada RM750.03 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- RHB Bank Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM750.03 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025 berbanding RM730.17 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Hasil Yang Lebih Rendah Jejaskan Pendapatan Suku Pertama MISC

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih MISC Bhd berkurangan kepada RM705.70 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 berbanding RM759.90 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini berikutan pendapatan yang lebih rendah untuk suku tersebut. 

MNRB Holdings Catat Untung Bersih RM394.20 Juta Bagi TK2025, Mencerminkan Daya Tahan

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd (MNRB Holdings) mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM394.20 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025 (TK2025), berbanding RM433.54 juta yang direkodkan pada tahun sebelumnya. 

Lagenda Catat Untung Bersih Lebih Tinggi Pada Suku Pertama Kepada RM44.58 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Lagenda Properties Bhd meningkat kepada RM44.58 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025 (S1 2025) daripada RM42.72 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Keuntungan Bersih Suku Ketiga IOI Corp Melonjak Kepada RM262.3 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih IOI Corporation Bhd, untuk suku ketiga berakhir pada 31 Mac 2025 melonjak sebanyak 113 peratus kepada RM262.30 juta berbanding RM123.10 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun sebelum ini.

Alliance Bank Catat Keuntungan Bersih Tinggi RM750.72 Juta Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Alliance Bank Malaysia Bhd melonjak kepada RM750.72 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025 daripada RM690.47 juta pada Tahun Kewangan 2024, disokong oleh pertumbuhan hasil meskipun peruntukan tinggi bagi jangkaan kerugian kredit dan perbelanjaan operasi.